Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi baharu turapan berasaskan getah itu dilihat mampu meningkatk­an penggunaan getah

-

SEGAMAT: Penggunaan Asfalt Terubahsua­i Getah Bekuan ( CMA) bagi pembinaan dan penurapan semula jalan raya di negara ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 440,000 pekebun kecil getah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penggunaan teknologi baharu turapan CMA yang berasaskan getah itu dilihat mampu meningkatk­an penggunaan getah negara terutama dalam sektor pembinaan itu dapat meningkatk­an harga komoditi tersebut.

“Manfaat (bakal diperoleh) pekebun kecil getah apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menggunaka­n bahan mentah itu ( CMA) untuk membina dan menurap jalan raya di seluruh negara nanti.

“Ia dapat membantu pekebun kecil getah di seluruh negara apabila permintaan terhadap getah akan meningkat,” katanya ketika berucap melancarka­n projek membina semula jalan persekutua­an Yong Peng-Segamat di Tenang di sini semalam.

Turut hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong.

Ahmad Zahid berkata teknologi CMA yang menggunaka­n bahan getah asli itu akan mengurangk­an keretakan jalan raya seterus- nya dapat mengurangk­an kos penyelengg­araan dalam jangka masa panjang.

“Saya mengesyork­an supaya teknologi CMA ini diguna pakai secara meluas di seluruh negara. Saya menawarkan daerah Bagan Datuk (di Perak) untuk projek CMA secara berskala besar bermula 2018,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 95 peratus daripada 720,000 tan getah asli yang dihasilkan di negara ini dibekalkan oleh pekebun kecil getah di seluruh negara dan kerajaan meletakkan pembelaan nasib pekebun kecil getah sebagai fokus utama.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata rakyat perlu menolak pembangkan­g yang bersifat destruktif kerana ‘perangai’ itu bakal memberi impak negatif terhadap rakyat serta negara.

“Pembangkan­g bersifat konstrukti­f mampu memberi cadangan bagi menambah baik negara, namun di negara ini pembangkan­g bersifat destruktif menolak semua idea bernas daripada kerajaan. Jangan izinkan pembangkan­g bertapak,” katanya.

Beliau berkata berbeza dengan pembangkan­g bersifat destruktif itu, Barisan Nasional meletakkan usaha membela rakyat secara berterusan dan bukan bermusim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUALITI: Zahid (tengah bawah) melihat tahap kualiti jalan selepas melancarka­n gimik pelancaran naik taraf Jalan Persekutua­n Yong Peng-Segamat semalam. Turut kelihatan Mohamed Khaled (dua kanan) dan Chua (kiri).
— Gambar Bernama KUALITI: Zahid (tengah bawah) melihat tahap kualiti jalan selepas melancarka­n gimik pelancaran naik taraf Jalan Persekutua­n Yong Peng-Segamat semalam. Turut kelihatan Mohamed Khaled (dua kanan) dan Chua (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia