Utusan Borneo (Sarawak)

KPM yakin kemampuan guru wanita sebagai guru disiplin

-

KUALA NERANG: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yakin dengan kemampuan guru wanita menjalanka­n tugas sebagai guru disiplin dalam menangani kes-kes disiplin di sekolah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata guru wanita yang menjalanka­n tugas sebagai guru disiplin kini mengatasi bilangan guru lelaki namun kemampuan dan kewibawaan mereka adalah setanding.

“Memang kalau dikira dari segi gender, guru wanita dah atasi guru lelaki dan tak adalah kita nak lantik guru lelaki sahaja jadi guru disiplin sebab kemasukan wanita ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dah 70 peratus.

“Tetapi saya menaruh keyakinan guru wanita dapat atasi masalah (disiplin) walaupun berdepan tugas yang lebih mencabar yang membabitka­n sekolah- sekolah kategori ‘ hotspot’ (tinggi masalah disiplin),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Pemimpin Bersama Warga FELDA di FELDA Bukit Tembaga di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya, kerjasama pihak sekolah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat mampu membantu guru disiplin wanita dalam menangani masalah disiplin di sekolah.

Sementara itu, dalam uca- pannya Mahdzir mengajak rakyat menghargai keamanan yang dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaa­n lebih 60 tahun lalu.

Katanya, keamanan adalah kunci kepada kejayaan Malaysia hingga boleh membuka peluang-peluang pendidikan kepada rakyat untuk terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran.

“Negara perlu dipastikan aman, baharulah perancanga­n kerajaan ke arah pendidikan, kemudahan dan dasar dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Oleh itu, kita tak mahau ada orang bawa amalan politik benci sama sendiri, berdendam, bersangka buruk, tiada hala tuju dan celaru dalam masyarakat yang akhirnya berlaku perpecahan sesama kita dan permusuhan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYIHATKA­N: Tengku Amir turut menyertai larian ‘KL World Urban Run 2018’ bagi kategori 10km sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan ( WUF9) di Dataran Merdeka di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama MENYIHATKA­N: Tengku Amir turut menyertai larian ‘KL World Urban Run 2018’ bagi kategori 10km sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan ( WUF9) di Dataran Merdeka di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia