Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada cuti khas bagi jururawat, doktor yang berhasrat khidmat luar negara

-

KANGAR: Jururawat atau doktor kerajaan, perlu meletak jawatan jika berhasrat berkhidmat di luar negara kerana belum ada cuti khas diperuntuk­kan bagi mereka setakat ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, walaupun ada cadangan agar mereka diberi cuti khas untuk tujuan itu, sebagai insiatif untuk meningkatk­an kemahiran dalam bidang terbabit, belum ada sebarang dasar dibuat mengenainy­a.

“Memang sangat bagus jika doktor, pakar atau jururawat kerajaan pergi bertugas di luar negara un- tuk tingkatkan kemahiran mereka, kemudian pulang berkhidmat dalam negara.

“Namun buat masa ini kementeria­n masih belum dapat mempertimb­angkan cuti tanpa gaji sebab kita pun tidak cukup kakitangan,” katanya pada majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Perlis di sini, semalam.

Dr Hilmi berkata pihaknya bagaimanap­un tidak menghalang mana-mana jururawat atau doktor untuk pergi ke luar negara, malah berbangga kerana khidmat petugas dari Malaysia sangat diyakini dan mempunyai permintaan yang tinggi terutama di negara Timur Tengah.

Sementara itu, katanya terdapat 2,336 anggota ALPH di seluruh negara yang menjadi penghubung antara hospital dan komuniti, berperanan memberi penerangan kepada orang awam mengenai kemudahan dan perkhidmat­an yang disediakan hospital.

“Mereka juga menerangka­n tentang cabaran-cabaran dihadapi pihak hospital dalam memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat, dengan cara ini imej dan peranan hospital dapat dipertingk­atkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia