Utusan Borneo (Sarawak)

APMM sasar 10,000 PSSMM terlatih menjelang 2020

-

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menyasarka­n untuk memiliki 10,000 anggota pasukan simpanan terlatih menjelang 2020, kata Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan­nya Datuk Abdul Rahman Mohammad.

Beliau berkata pemilikan anggota terlatih dalam skuad dikenali Pasukan Sukarelawa­n Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) itu akan memperkuku­hkan lagi kekuatan dan kesiapsiag­aan sedia ada kira- kira 5,000 anggota pasukan itu dalam mendepani pelbagai bentuk ancaman di perairan negara.

Beliau berkata PSSMM yang penubuhann­ya diluluskan Kabinet pada Sep- tember 2016 sudah disertai 5,000 sukarelawa­n daripada pelbagai latar belakang kepakaran seperti undangunda­ng, kejurutera­an serta lain-lain kemahiran.

“Namun, selepas Akta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( Pindaan) 2017 yang memperuntu­kkan penubuhan PSSMM dikuatkuas­akan bulan lepas, pemilihan anggota pasukan itu diberi lebih ketelitian terutamany­a dalam aspek fizikal dan minat.

“Selain itu, aspek latihan juga akan dimantapka­n dengan setiap sukarelawa­n perlu mengikuti latihan sepertiman­a dilalui anggota APMM, antaranya menyelamat, renang dan pemeriksaa­n kapal dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Kembara Kelab Pemilik Ducati Desmo Owners Club Malaysia melibatkan 42 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang akan menempuh perjalanan sejauh 300 kilometer ke Kuantan, Pahang sambil mempromosi­kan APMM kepada masyarakat sempena ulang tahun ke-13 penubuhann­ya pada 15 Februari ini.

Abdul Rahman berkata sebagai tambahan kepada kekuatan sumber manusia dalam tugas asasi maritim, mereka yang terpilih akan melalui latihan fizikal sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Selain membantu dalam penugasan maritim, anggota PSSMM juga akan diberi peranan mengawal bangunan pejabat agensi itu dengan elaun antara RM6 hingga RM7.80 sejam mengikut pangkat, katanya.

Mengenai ulang tahun penubuhan APMM, Abdul Rahman berkata pihaknya bersyukur kerana agensi itu mula dikenali masyarakat dan bidang tugasnya diiktiraf kerajaan sehingga diberikan hak mengawal sepanjang perairan negara.

Hasil kejayaan dalam penguatkua­saan undang-undang maritim dan penerangan berterusan mengenai peranannya, masyarakat kini dapat membezakan bidang tugas APMM dengan agensi seumpamany­a yang lain, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia