Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10,000 peserta hadir meriahkan KL World Urban Run 2018

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 10,700 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam KL World Urban Run 2018 di Dataran Merdeka di sini semalam.

Larian yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM50,000 itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan perbandara­n dan pembanguna­n Bandaraya Kuala Lumpur selaku tuan rumah penganjura­n Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9)

Pelepasan larian itu yang meliputi jarak 15 kilometer (km), 10km dan 5km disempurna­kan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah turut menyertai larian itu bagi kategori 10km manakala Noh menamatkan larian dalam kategori 5km.

WUF9 berlangsun­g mulai 7 hingga 13 Februari.

WUF adalah forum te- knikal bukan undang- undang yang diselengga­rakan oleh Program Penyelesai­an Manusia Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UN-Habitat) sejak 2002.

Ia diiktiraf sebagai arena global paling utama untuk interaksi antara penggubal dasar, pemimpin kerajaan tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan pakar pengamal dalam bidang pembanguna­n bandar dan pemukiman manusia yang mampan. — Bernama ALOR SETAR: Pengguna jalan raya diingatkan supaya menjaga jarak yang selamat semasa memandu, terutamany­a di belakang kenderaan berat bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Kedah Chan Kei Hong berkata hasil pemerhatia­n mendapati, ramai pengguna jalan raya yang tidak menjaga jarak semasa memandu sehingga menyebabka­n berlakunya kemalangan dan kematian.

“Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan berat seperti bas atau lori kerana fizikal kenderaan yang besar akan menyebabka­n pemandu sukar untuk melihat dan ia merupakan titik buta kepada mereka.

“Jarak yang paling selamat adalah dengan mengikut peraturan antara dua hingga empat saat di belakang kenderaan hadapan. Ini merupakan jarak yang paling selamat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya dengan mengamalka­n peraturan itu pengguna jalan raya mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tibatiba.

Terdahulu, Chan telah merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Stesen Bas Shahab Perdana bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat ( SPAD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkua­saan JPJ negeri Megat Shariffudi­n berkata pihaknya akan mengadakan rondaan di jalan utama dan lebuh raya sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan pemandu kenderaan berat mematuhi arahan larangan kenderaan berat untuk berada di jalan raya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia