Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa lebam pada kepala dan muka serta kecederaan luka bernanah

-

BUKIT MERTAJAM: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pembantu rumah warga Indonesia mereka mengalami beberapa kecederaan dipercayai didera di Taman Kota Permai 2, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita dan lelaki masing-masing berumur 36 dan 39 tahun itu ditahan selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT untuk direkodkan keterangan pada jam 8 malam kelmarin.

“Mangsa berusia 21 tahun dan berasal dari Medan, Indonesia itu mengalami lebam pada kepala dan muka serta kecederan luka bernanah pada tangan dan kaki kiri serta kanan,” katanya di sini semalam.

Katanya polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang merupakan pembantu kepada seorang wakil rakyat di Bukit Mertajam memaklumka­n pembantu rumah berkenaan didera.

Beliau berkata lelaki itu mendapat maklumat berhubung perkara tersebut daripada kenalannya sebelum dia ke rumah majikan mangsa di Taman Kota Permai 2 un- tuk melihat sendiri keadaan mangsa.

Nik Ros Azhan berkata ketika tiba di rumah berkenaan, lelaki itu mendapati pembantu rumah tersebut sedang duduk di kawasan pagar luar rumah dan terdapat beberapa kecederaan pada badan wanita itu.

“Lelaki itu bertanya keadaan wanita tersebut, namun pembantu rumah itu hanya mengangguk­kan kepala dan dia ( pengadu) berjumpa dengan pemilik rumah iaitu seorang wanita berusia lingkungan 60-an sebelum mengarahka­n pengadu agar tidak masuk campur urusan mereka,” katanya.

Katanya pada ketika itu, seorang wanita yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan telah pulang ke rumah dan membawa pembantu rumah tersebut keluar.

“Lelaki itu menghubung­i majikan pembantu rumah tersebut dan memaklumka­n dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum dua beradik terbabit hadir di IPD SPT semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pembantu rumah itu bekerja di rumah berkenaan sejak dua tahun lepas, namun dia yang masih

Lelaki itu bertanya keadaan wanita tersebut, namun pembantu rumah itu hanya mengangguk­kan kepala dan dia (pengadu) berjumpa dengan pemilik rumah iaitu seorang wanita berusia lingkungan 60-an sebelum mengarahka­n pengadu agar tidak masuk campur urusan mereka. ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid Ketua Polis Daerah SPT

takut enggan memberikan keterangan lanjut.

“Mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan, manakala dua beradik itu direman untuk siasatan.

Polis masih menjalanka­n siasatan lanjut termasuk mengetahui siapa yang mendera mangsa dan sejak bila,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain Nik Ros Azhan berkata polis menahan dua remaja lelaki berumur 16 dan 19 tahun kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal menerusi serbuan di pangsapuri Ampang Jajar, Permatang Pauh dekat sini kelmarin.

Katanya dua remaja itu ditahan pada jam 8.30 malam dan polis merampas sebuah motosikal yang dipercayai dicuri serta pelbagai komponen motosikal yang disimpan di sebuah rumah di situ.

“Berdasarka­n siasatan, dua remaja itu terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal sejak beberapa bulan lepas dan mereka menjual terus kenderaan yang dicuri atau meleraikan komponenny­a sebelum ia dijual kepada mat rempit,” katanya.

Beliau berkata dua remaja yang tidak bekerja dan sudah tidak bersekolah itu kini direman bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia