Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik maut selepas hadiri majlis hari lahir

-

KUALA LUMPUR: Dua beradik lelaki maut selepas dipercayai dicederaka­n menggunaka­n parang dan bet besbol selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir di sebuah pangsapuri di Seksyen 19 ,Petaling Jaya dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 44 tahun bersama lebih 20 tetamu dikatakan berkumpul dan minum minuman keras di sebuah khemah di bawah pangsapuri selepas majlis itu selesai.

Menurut sumber, keduadua mangsa kemudianny­a dipercayai berselisih faham dengan tetamu lain sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

“Kebanyakan mereka yang berada di lokasi itu berada di dalam keadaan mabuk, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Polis turut menemui senjata parang dan bet besbol di lokasi kejadian,” kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Menurut Ku Mashariman, seramai tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an ditahan sejurus kejadian kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.

“Buat masa ini kesemua mereka sedang disoal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia