Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jual, main mercun pada Tahun Baharu Cina

-

BALING: Seramai 70 penagih dadah di daerah Baling akan menjadi kumpulan pertama dihantar ke pesantren atau sekolah pondok di Indonesia bagi menjalani rawatan pemulihan, kata Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata Baling merupakan daerah kedua tertinggi masalah penagihan dadah di negeri Kedah, iaitu melibatkan kira-kira 1,300 penagih yang berdaftar dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Jumlah penagih di Baling lebih 2,000 orang…setakat ini seramai 60 penagih dadah tampil menawarkan diri untuk mengikuti program terbabit dan kita sasarkan seramai 70 penagih dadah dapat menyertai kumpulan pertama ini.

“Kita telah mengenal pasti beberapa pusat pesantren atau sekolah pondok antaranya di Medan, Bandung, Madura, Surabaya, Lombok dan Puncak di Indonesia, mereka akan dihantar menjalani pemulihan selama 15 bulan di sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MajlisPeny­erahanWang­Ihsan Bencana Banjir Daerah Baling 2017 di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau meletakkan harapan agar kumpulan yang menjalani rawatan pemulihan itu apabila pulang kelak akan dapat menjadi bilal, siak atau imam di masjid atau surau di kariah masing-masing.

“Setelah pelbagai kajian dibuat, didapati 65 peratus penagih adalah berstatus suami...kitanakban­tupulihkan mereka, bukan nak tangkap mereka. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis mengingatk­an orang ramai untuk tidak membeli, menjual, memiliki atau bermain mercun atau bunga api ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada 16 Feb ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia Datuk Asmawati Ahmad berkata ini kerana larangan terhadap mercun atau bunga api masih lagi berkuat kuasa.

Katanya, hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja dibenarkan kerana tidak mengandung­i bahan membakar yang boleh membahayak­an keselamata­n.

“Bagaimanap­un, penjualan kedua-dua jenis mercun ini masih memerlukan permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkaitan dan mengikut spesifikas­i yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Asmawati berkata individu yang memiliki, menjual, membeli dan bermain sebarang mercun atau bunga api boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bermain atau membakar mercun yang dilarang juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu bulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua- duanya sekali mengikut Seksyen 3( 5) Akta Kesalahan- Kesalahan Kecil 1955,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia