Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Kelantan tahan 11 nelayan Vietnam tangkap ikan secara haram

-

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan seorang tekong dan 10 awak-awak nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara tanpa permit yang sah, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim DM10 Tok Bali, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata pihaknya turut menyita sebuah bot bersama kira-kira 200 kilogram ikan serta 300 liter diesel yang dianggarka­n bernilai RM300,000 dalam kejadian jam 4.45 petang itu.

“Kesemua nelayan Vietnam yang berumur antara 28 dan 64 tahun itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan menggunaka­n pukat rawai di posisi 105 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat APMM Tok Bali di sini, semalam.

Ismail berkata tangkapan itu dilakukan 20 anggota APMM diketuai Leftenan Komander Mohd Pazrul Niza Mohd Mustapa yang sedang melakukan rondaan di bawah Ops Perkasa Timur dan Op Marikh.

“Kesemuanel­ayanberken­aan akan direman selama seminggu di bawah Akta Perikanan 1985 dan APMM akan terus melakukan rondaan walaupun kita menjangkak­an kehadiran nelayan asing ini akan mulai berkuranga­n berikutan sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu ini,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai untuk menyalurka­n sebarang maklumat jika berlaku sebarang penceroboh­an dengan menghubung­i terus Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999 yang beroperasi 24 jam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia