Utusan Borneo (Sarawak)

Kami tunggu keputusan Malaysia berhubung etnik Uighur: Thailand

-

BANGKOK: Thailand akan menunggu keputusan Malaysia berhubung 11 lelaki etnik Uighur yang ditahan oleh pihak berkuasa negara jirannya itu selepas mereka melarikan diri dari pusat tahan di Sadao pada November tahun lepas.

Setiausaha Agung Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Jen Wanlop Raksanor berkata Malaysia akan menguruska­n etnik Uighur itu mengikut undang-undang negara itu kerana ia melibatkan kemasukan mereka secara haram ke negara itu.

“Kami akan tunggu keputusan pihak berkuasa Malaysia.

Kami juga perlu meneliti undang- undang Malaysia berhubung perkara itu… kami kena tunggu keputusan pihak Malaysia terlebih dahulu, kemudian mereka boleh hubungi kami tentang apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dilakukan dengan isu ini,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Thailand akan meminta Malaysia untuk menghantar lelaki Uighur yang ditahan itu ke Thailand.

Wanlop yang dilantik memegang jawatan itu pada Ogos tahun lepas menyatakan keyakinann­ya bahawa Malaysia akan mempunyai jalan penyelesai­an berhubung perkara itu.

Sejumlah 20 lelaki Uighur meloloskan diri daripada pusat tahanan imigresen di Sadao, selatan Thailand pada November tahun lepas dengan menggorek lubang di dinding dan melarikan diri di hutan berhampira­n sempadan Thailand-Malaysia.

Sebanyak 11 daripada mereka dikatakan ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia tidak lama selepas insiden itu manakala bakinya ditahan pihak berkuasa Thailand.

Bangkok sebelum ini menyatakan antara 100 hingga 200 etnik Uighur sedang ditahan di Thailand.

Uighur ialah daripada kumpulan etnik Turkic yang tinggal di Kawasan Autonomi Xinjiang di China.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada program di Batu Pahat, Johor mengesahka­n China telah secara rasmi meminta Malaysia untuk mengekstra­disi 11 lelaki Uighur yang ditahan.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Malaysia sedang menimbangk­an permintaan itu, namun siasatan terperinci sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia jika ada dalam kalangan 11 individu itu terlibat dalam kegiatan keganasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia