Utusan Borneo (Sarawak)

Program 1MPAK bantu latih tenaga mahir Mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap ekspatriat asing dalam bidang tertentu

-

MARAN: Program Inisiatif Melestarik­an Pembanguna­n Komuniti (1MPAK) dilihat mampu menjadi medium untuk membangunk­an modal insan dan tenaga kerja mahir di negara ini menerusi pelbagai kursus dan kemahiran yang dibekalkan menerusi program itu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata perkara itu secara tidak langsung dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap ekspatriat asing dalam bidang tertentu apabila lahirnya tenaga kerja terlatih menerusi inisiatif yang diterajui oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu.

“Pada masa kini terdapat seramai 144,000 ekspatriat asing di negara ini dengan pendapatan lebih RM5,000 dan jika dilihat dari segi kemahiran, mereka tidaklah mahir sangat, cuma kita kekurangan tenaga kerja terlatih dalam bidang berkenaan menyebabka­n kita menggunaka­n tenaga mereka.

“Justeru, 1MPAK dan Graduate Employabil­ity Training Scheme ( GETS) yang dilaksanak­an menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini merupakan antara medium terbaik membantu melatih siswazah dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program 1MPAK Parlimen Maran di Dewan Arena Tengku Muda Pahang di sini semalam.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan) Abdul Rashid Mohd Said dan Pengarah Mara Pahang Salemi Yusoff.

Maran merupakan lokasi ketiga diadakan program berkenaan selepas pelancaran­nya dilakukan pada 27 Jan lepas di Bera oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata menerusi 1MPAK ini, program latihan kemahiran dan peluang pekerjaan dibawa terus kepada siswazah dan golongan belia yang berada di luar bandar.

Keadaan itu katanya turut membantu mengatasi masalah ketidaksep­adanan antara kemahiran yang dimiliki oleh siswazah dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

Dalam masa yang sama, katanya program 1MPAK ini turut membantu melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan muda dan siswazah menerusi bantuan pembiayaan untuk memulakan dan mengembang­kan perniagaan.

Sehubungan itu, katanya golongan muda di negara ini perlu merebut semua peluang yang telah diberikan oleh kerajaan untuk meningkatk­an taraf hidup dan tidak lagi

Pada masa kini terdapat seramai 144,000 ekspatriat asing di negara ini dengan pendapatan lebih RM5,000 dan jika dilihat dari segi kemahiran, mereka tidaklah mahir sangat, cuma kita kekurangan tenaga kerja terlatih dalam bidang berkenaan menyebabka­n kita menggunaka­n tenaga mereka. Datuk Seri Ismail Abd Muttalib Timbalan Menteri Sumber Manusia

menjadikan ketidakten­tuan ekonomi sebagai alasan mere- ka tidak memperoleh peluang pekerjaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Ismail (tengah) beramah mesra dengan peserta ketika melawat pameran selepas merasmikan Inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti (1MPAK) di Maran semalam. Turut hadir Mohamed.
— Gambar Bernama TINJAU: Ismail (tengah) beramah mesra dengan peserta ketika melawat pameran selepas merasmikan Inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti (1MPAK) di Maran semalam. Turut hadir Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia