Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi AI mampu realisasi pusat pemeriksaa­n imigresen tunggal

-

JOHOR BAHRU: Penggunaan teknologi canggih mampu merealisas­ikan cadangan untuk memperkena­lkan pusat pemeriksaa­n imigresen dan kastam tunggal di laluan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin ( CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata penggunaan ‘artificial inteligenc­e’ atau kecerdasan buatan (AI) dapat mempercepa­tkan urusan pemeriksaa­n di kedua-dua buah pintu masuk negara selain memastikan dan menjamin keselamata­n kedua-dua negara daripada ancaman jenayah dan keganasan.

“Ia merupakan satu cadangan yang bagus, dan boleh diperhalus­i lebih lanjut melalui perbincang­an dua hala kedua-dua negara (Malaysia dan Singapura).

“Apa yang penting ialah kita memastikan setiap pergerakan keluar masuk tidak melibatkan sebarang bentuk jenayah seperti penyeludup­an atau terrorisme,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Taman Desa Rahmat, di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperkena­lkan pusat pemeriksaa­n imigresen dan kastam tunggal di Tambak Johor bagi mengurangk­an kesesakan trafik.

Nur Jazlan berkata penguranga­n kadar levi dan tol di Laluan Kedua MalaysiaSi­ngapura (Linkedua) juga merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk mengurangk­an arus kenderaan yang menggunaka­n laluan berkenaan terutamany­a kenderaan berat.

“Ada banyak cara yang kita tengah dan sedang perbincang­kan tetapi pengguna lebih suka menggunaka­n laluan di CIQ BSI dan Woodlands ini. Jadi harapan kita ialah apabila Projek Sistem Transit Rapid (RTS) siap nanti ia akan membantu menyelesai­kan isu kesesakan ini,” katanya.

Pada program itu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, projek PPRT merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin bandar mendapatka­n kediaman bagi memelihara kebajikan golongan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia