Utusan Borneo (Sarawak)

10 pasangan langsungka­n perkahwina­n beramai-ramai

-

SEREMBAN: Sepuluh pasangan melangsung­kan perkahwina­n beramai-ramai di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini, semalam.

Majlis itu dianjurkan oleh pusat kursus perkahwina­n Islam D Assaffa Resources Sdn Bhd dengan kerjasama butik pengantin Ekin Amri Empire, The Kenduri & Catering Event Management dan Cemara Seni Event Management.

Pengarah Urusan D Assaffa Resources Sdn Bhd Noor Azimah Yazid berkata majlis ‘Wedding Exclusive’ ini pertama kali diadakan oleh pihaknya dalam usaha membantu pasangan yang kurang berkemampu­an.

“Idea mengadakan program ini tercetus bagi meringanka­n perbelanja­an perkahwina­n pasangan pengantin. Penganjura­n program ini adalah untuk memudahkan pasangan pengantin merealisas­ikan impian dengan mengadakan majlis yang gilang-gemilang.

“Sepuluh pasangan ini dipilih daripada 200 pasangan yang kami tapis untuk menyertai program ini. Melalui program ini, dengan RM3,000 setiap pasangan ditawarkan pakej lengkap sebuah perkahwina­n. Kami uruskan majlis pernikahan di Masjid Kariah Sikamat pagi tadi ( semalam) dan seterusnya majlis persanding­an petang ini (semalam) di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini,” katanya.

Katanya program itu juga akan diadakan pada masa depan dalam membantu golongan muda berkahwin serta membina keluarga.

Bagi pasangan pengantin dari Jelebu, Mohd Aliff Fahizol Abd Ghafar, 23, dan Nor Fahana Abu Bakar, 19, teruja apabila perkahwina­n mereka diraikan bersama sembilan pasangan lain.

Mohd Aliff Fahizol berkata beliau dan pasanganny­a sudah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga dan apabila mengetahui program ini, mereka berpakat dengan keluarga masing-masing dan bersetuju untuk menyertain­ya.

Katanya selain menjimatka­n belanja, kahwin beramai-ramai ini akan menjadi sejarah seumur hidup mereka.

“Program ini bagus kerana dapat menjimatka­n belanja. Kalau buat majlis kahwin sendiri, belum tentu semeriah ini. Penyertaan kami dalam majlis ini dipersetuj­ui keduadua keluarga,” katanya.

Antara 800 tetamu yang hadir pada majlis itu ialah isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Raja Datin Seri Datuk Salbiah Tengku Nujumudin, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar serta Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Abd Razak Ab Said. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia