Utusan Borneo (Sarawak)

Fiesta NBOS Mesra Rakyat peluang masyarakat fahami strategi kerajaan

-

KLUANG: Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat diyakini membuka lebih ruang kepada masyarakat untuk memahami kaedah dan strategi kerajaan dalam membangunk­an negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata inisiatif oleh Kementeria­n Kewangan itu menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat sekali gus mendedahka­n mereka khususnya di luar bandar berhubung idea-idea NBOS dilaksana kerajaan.

“Secara peribadi, saya terlibat dengan pelaksanaa­n NBOS pada 2009. Pada masa itu, tidak terlintas bahawa apa yang kita (kerajaan) lakukan sebesar ini. Ia (Fiesta NBOS Mesra Rakyat) dibawa ke Sembrong khususnya di Paloh, hari ini (semalam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan fiesta berkenaan di Padang Awam Paloh, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hishammudd­in yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata usaha mewujudkan NBOS bukan mudah, namun, ia kini menjadi kenyataan sehingga dicontohi negara lain.

Hishammudd­in berkata NBOS sekali gus membuktika­n kerajaan membuat perancanga­n terhadap kebajikan rakyat walaupun berdepan pelbagai tuduhan pihak tertentu.

“Ini bermakna dalam keadaan pihak tertentu yang hanya fikir mereka dapat memecahbel­ahkan kita, walaupun kita jawab tuduhan itu, tetapi pada masa sama kita buat kerja dan perancanga­n untuk rakyat,” katanya.

Menurut Hishammudd­in, NBOS juga membuktika­n kerajaan tidak boleh membangunk­an negara secara bersendiri­an dan memerlukan kerjasama secara berpasukan.

“Ini bukan musim pilihan raya ( penganjura­n Fiesta NBOS Mesra Rakyat). Dengan mandat rakyat, kita boleh buat lebih daripada ini. Kalau rakyat percaya pada politik kebencian, berita palsu, saya bimbang apa yang dirancang, apa yang diiktiraf dunia ini (NBOS) tidak akan kesampaian,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Hishammudd­in turut melancarka­n lapan inisiatif baharu NBOS dengan sebahagian inisiatif itu turut melibatkan kerjasama antara kementeria­n dan agensi dengan Kementeria­n Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Inisiatif berkenaan adalah Inisiatif Kementeria­n Kewangan (Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile) CTC, Coding @ Schools dan Strategic Linkages); Program Bantuan Mesra Rakyat Sembrong, My Kampung My Future - Kampung Sri Lukut, Program Jimat Belanja Dapur FAMA, Kerjasama Biotechnol­ogy Community Developmen­t Program dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), pengukuhan kerjasama antara 1M4U dengan Briged Sukarelawa­n Khidmat Negara, Program Remaja Sukarelawa­n 2.0 serta kerjasama 1 Malaysia Biodiversi­ty Enforcemen­t Operation Network (1MBEON) — Ops Samudera.

Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Parlimen Sembrong di Paloh hari ini merupakan penganjura­n ketiga selepas diadakan di Pekan, Pahang pada 23 Sept lepas dan Bagan Datuk, Perak pada 19 November lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia