Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia-Singapura bincang cadangan perkenal pusat pemeriksaa­n tunggal Tambak Johor

-

SEGAMAT: Malaysia akan mengadakan perbincang­an secara terperinci dengan kerajaan Singapura berhubung cadangan memperkena­lkan pusat pemeriksaa­n tunggal di Tambak Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean bagi membincang­kan secara terperinci cadangan pusat pemeriksaa­n tunggal Kastam dan Imigresen itu.

“Mereka (Singapura) perlu membentuk badan bertindak seperti dilakukan Malaysia … saya belum bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura (Teo) kerana beliau adalah dalam kedudukan yang sama seperti saya dan kita akan bincangkan secara terperinci mengenai perkara itu.

“Mungkin soal tafsiran yang berbeza dan ini perlukan artikulasi daripada kedua-dua belah pihak antara Malaysia dan Singapura,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarka­n projek membina semula jalan persekutua­an Yong Peng-Segamat di Tenang di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis.

Kelmarin, media melaporkan Kementeria­n Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menolak cadangan bagi memperkena­lkan pusat pemeriksaa­n imigresen dan kastam tunggal di Tambak Johor.

Ahmad Zahid berkata sekiranya cadangan itu dapat dilaksanak­an, pusat pemeriksaa­n tunggal itu memainkan peranan yang penting dalam melancarka­n aliran trafik dan mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia