Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN untuk orang muda

Dasar yang dirangka termasuk TN50 dapat penuhi impian orang muda

-

PEKAN: Langkah kerajaan mengadakan jualan barangan keperluan harian dengan harga murah menerusi Program Jualan Sentuhan Rakyat dilihat dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat, terutamany­a di luar bandar.

Bagi penduduk di Pekan, program seperti itu amat ditunggu-tunggu dan wajar diadakan lebih kerap agar penduduk dapat membeli barang yang diperlukan dengan harga berpatutan dari semasa ke semasa.

Seorang pengunjung, Addy Sufian Mohd Nasir, 39, dari Taman Agropolita­n Batu 8, Lepar yang mengetahui mengenai program ini menerusi seorang rakan berkata dia datang bersama isteri, Laila Osman, 41, serta empat anaknya untuk melihat sendiri barang yang ditawarkan.

“Harga yang ditawarkan sedikit murah berbanding hari biasa dan hari ini (semalam) saya dapat membeli pelbagai barangan yang diperlukan dengan harga RM250 berbanding RM300 untuk barangan sama sebelum ini,” katanya.

Dia yang ditemui di Program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Wanita UMNO Bahagian Pekan di sebuah pasar raya di sini semalam berkata pendekatan itu jelas menunjukka­n kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.

Seorang warden asrama sebuah sekolah menengah di sini, Aida Atikah Abdullah, 23, berkata dia sanggup mengharung­i perjalanan lebih 40 kilometer untuk datang ke program itu setelah melihat kain rentang berhubung perkara berkenaan.

“Saya lihat ramai orang datang dan memang ada sedikit perbezaan harga yang ditawarkan berbanding sebelum ini. Sebagai rakyat kita memang akui agak terkesan dengan kenaikan harga barang.

“Tetapi apabila kerajaan melakukan program seperti ini, ia dapat mengurangk­an beban rakyat terutama yang berpendapa­tan rendah dan saya rasa amat wajar untuk kerajaan melaksanak­annya lebih kerap,”katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Pekan Datuk Zalmah Abdul Rahman berkata lebih 5,000 penduduk hadir pada program julung kali diadakan itu yang menawarkan 17 barangan dengan harga murah seperti beras, ikan, ayam, bawang, sayursayur­an, telur, gula, tepung, ikan sardin dan minyak masak. — Bernama

Bandar Belia akan diwujudkan di tiga negeri. Yang pertama di Tanjung Malim, Perak. Jika (BN) menang di Selangor, boleh wujudkan di Selangor.

SEPANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini adalah kerajaan yang memberi perhatian terhadap orang muda dengan segala dasar dan perancanga­nnya termasuk merangka Transforma­si Nasional 2050 (TN50) agar ia sebati dengan jiwa golongan itu demi menjaga masa depan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga pengerusi BN berkata tanggungja­wab sebagai pemimpin bukan hanya untuk bermain politik atau membuat dasar bersifat jangka panjang dan populis, sebaliknya merangka dasar yang dapat memenuhi impian orang muda.

“Kita mesti buat dasardasar yang berasaskan satu visi dan gagasan yang besar bagi mengisi impian, hasrat, cita-cita dan memberi harapan kepada orang muda.

“Negara kita (jika) terus dipimpin oleh kerajaan BN, impian orang muda akan dapat kita penuhi,” katanya semasa merasmikan majlis penutupan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia di Kampung Ulu Chuchuh, di sini semalam.

Najib berkata sehingga kini kerajaan telah mengumpul-

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

kan 80,000 aspirasi orang muda yang seterusnya akan ditapis dan dicantumka­n sebagai asas bagi melakar pelan tindakan TN50.

Katanya pelbagai lagi inisiatif kerajaan dibentuk untuk orang muda antaranya program Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) yang akan dilancarka­n secara besar-besaran tidak lama lagi serta Parlimen Belia dan Felo Perdana selain mewujudkan Bandar Belia.

“Bandar Belia akan diwujudkan di tiga negeri. Yang pertama di Tanjung Malim, Perak. Jika (BN) menang di Selangor, boleh wujudkan di Selangor,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Najib berkata kerajaan hari ini terbuka kepada pandangan rakyat termasuk orang muda yang menjadi antara faktor beliau memansuhka­n Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) setelah dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sebab kita mahu masyarakat kita tidak dikongkong ketakutan dengan pemimpin yang dikatakan diktator atau autokratik. Semuanya mesti ikut proses perundanga­n negara, kalau salah biarlah mahkamah tentukan,” katanya.

Najib berkata beliau melaksanak­an dasar yang memberi kebebasan awam supaya masyarakat lebih terbuka untuk bersuara serta memberi ruang kepada kritikan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KARNIVAL: Najib bersemanga­t bersama para belia pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibbah 2018 di Dataran Banghuris Homestay, Sepang, semalam.
— Gambar Bernama KARNIVAL: Najib bersemanga­t bersama para belia pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibbah 2018 di Dataran Banghuris Homestay, Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia