Utusan Borneo (Sarawak)

Wawrinka tetap bersemanga­t walaupun tersingkir di Terbuka Sofia

-

SOFIA, Bulgaria: Pemenang tiga kejuaraan Grand Slam, Stanislas Wawrinka dari Switzerlan­d, yang kembali beraksi selepas menjalani pembedahan lutut tahun lepas, tetap bersemanga­t walaupun tewas pada perlawanan separuh akhir Terbuka Sofia di sini Sabtu lepas.

Wawrinka percaya beliau memerlukan masa untuk mencapai tahap kecergasan sebenar selepas tewas 7-6 (8/6) dan 6-4 kepada pemain Bosnia, Mirza Basic pada perlawanan kompetetif kelima beliau dalam tujuh bulan.

Wawrinka disingkirk­an di pusingan kedua Terbuka Australia bulan lepas apabila tewas kepada pemain tidak dikenali, Tennys Sandgren dari Amerika Syarikat (AS).

“Ia pastinya hebat untuk menang satu lagi perlawanan tetapi saya boleh menerima perkara positif dari minggu ini,” kata pemain berusia 32 tahun itu pada satu sidang media.

“Ia positif untuk bermain tiga perlawanan berturuttu­rut dan menang dua kali. Apa yang pasti, ia memberikan saya lebih banyak tenaga untuk menang kerana saya jarang bermain sebelum ini tetapi ia adalah apa yang perlu dilakukan untuk kembali ke tahap sebenar saya.”

Wawrinka, yang tercicir ke ranking ke-15 dunia kerana kecederaan­nya, berkata beliau tidak berasa sebarang kesakitan sepanjang beraksi di sini.

“Lutut saya berasa bagus,” kata beliau. “Saya benar-benar gembira dan positif selepas pembedahan, ia sudah enam bulan dan segala- galanya berjalan dengan baik. Saya fikir saya melakukan yang terbaik untuk kembali ke kedudukan yang saya mahu.”

Wawrinka akan beraksi di Rotterdam minggu ini di mana beliau kali terakhir memenangi kejohanan dalam dewan pad 2015. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia