Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: PSG bawa pulang tiga mata

-

PARIS, Perancis: Neymar menjaringk­an gol tunggal ketika Paris Saint Germain menewaskan Toulouse 1-0 di gelanggang lawan pada perlawanan terakhir sebelum menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Sabtu lepas.

Pendahulu Ligue 1 Perancis itu kini menjarakka­n kedudukan dengan 12 mata dari pencabar terdekat hasil gol ke-19 Neymar dalam liga musim ini pada pertengaha­n separuh masa kedua perlawanan di Toulouse sementara Monaco membelasah Angers 4-0 untuk naik ke tangga kedua.

Skuad kendalian Unai Emery itu kini akan mengalihka­n perhatian kepada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu Rabu ini.

Emery mengesahka­n selepas perlawanan di mana pemain tengahnya, Thiago Motta, tidak akan cergas untuk perlawanan menentang Real Madrid.

“Saya fikir kami bersedia untuk menentang Real. Kami mempunyai 50 peratus peluang, seperti juga Real,” kata Marco Verratti, yang direhatkan pada perlawanan menentang Toulouse.

“Saya tidak tahu siapa yang akan dipilih oleh jurulatih untuk posisi tengah bertahan. Lass ( Diarra) mempunyai pengalaman hebat, beliau pernah bermain untuk beberapa pasukan besar sementara Giovani (Lo Celso) juga semakin meningkat.”

Nyemar kembali ke dalam kesebelasa­n utama PSG se- lepas direhatkan pada perlawanan Piala Perancis ketika menewaskan Sochaux tetapi Edinson Cavani, penjaring terbanyak liga dengan 21 gol musim ini, tidak beraksi kerana kecederaan pinggul.

Lassana Diarra diturunkan dalam kesebelasa­n utama liga yang pertama beliau sementara Emery memilih untuk merehatkan kapten pasukan, Thiago Silva menjelang perlawanan menentang Real Madrid.

Separuh masa perlawanan berlangsun­g kebanyakka­nnya dalam padang Toulouse, dengan penjaga gol tuan rumah, Alban Lafont, 19, beraksi tangkas menepis cubaan Kylian Mbappe dan kemudian cubaan Neymar.

Lafont juga bernasib baik apabila cubaan Angel Di Maria terkena palang dari satu tendangan sudut.

Neymar akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-68 apabila menerima umpanan Di Maria sebelum melepasi kawalan Steeve Yago dan merembat ke pintu gol dan dengan bantuan terkena Issa Diop untuk menewaskan Lafont.

Neymar dinafikan gol kedua oleh palang gol dari satu rembatan jarak jauh.

Juara bertahan, Monaco, mengenepik­an kebimbanga­n ketiadaan kapten pasu- kan, Radamel Falcao kerana kecederaan dengan membelasah Angers dan meningkat peluang memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Stevan Jovetic mengetuai jentera serangan dengan Keita Balde juga tidak diturunkan kerana penggantun­gan dan menjaringk­an dua gol ketika skuad kendalian Leonardo Jardim memintas Marseille ke tangga kedua liga.

Pada perlawanan lain, Montpellie­r menewaskan Metz 1-0 untuk naik ke tangga kelima liga sementara Bordeaux menewaskan Amiens 3-2 dan Nice tewas 2-3 di Dijon. —AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SASARAN PIHAK LAWAN: Neymar (kiri) melompat untuk mengelak daripada dikasari oleh pemain Toulouse ketika beraksi di Toulouse, Perancis pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP SASARAN PIHAK LAWAN: Neymar (kiri) melompat untuk mengelak daripada dikasari oleh pemain Toulouse ketika beraksi di Toulouse, Perancis pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia