Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi buruk Chelsea adalah tanggungja­wab bersama: Conte

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya tanggungja­wab harus dikongsi bersama ekoran prestasi buruk yang menyebabka­n jurulatih dari Itali itu u bergelut mengekalka­n alkan j awatannya y a ketika West Bromwich A l b i o n b e r t a n - dang ke Stamford Bridge untuk perlawanan Liga a Perdana Ingnggeris hari ini. i.

Kekalahan n 1 1-4 4 di Watford Isnin lepas adalah ekoran dari kekalahan 0-3 kepada Bournemout­h di tempat sendiri menyebabka­n Chelsea berada dalam risiko gagal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Conte berulang kali merungut musim ini tentang kekurangan pembelian pemain ketika ketegangan memuncak dengan pengurusan tertinggi kelab.

Tetapi bekas jurulatih Juventus dan skuad kebangsaan Itali itu menuduh pemainnya bermain “dengan rasa gentar” dan kurang “personalit­i” ketika mereka bolos tiga gol pada 10 minit terakhir di Watford.

“Apabila anda mempunyai tempoh dengan keputusan buruk, anda harus membahagik­an tanggungja­wab di antara saya, pemain dan kelab,” kata Conte.

“Seperti yang anda semua tahu, kerana kita bercakap tentang bola sepak, banyak yang berlaku sebelum ini walaupun saya tidak bersetuju – jurulatih bergantung kepada keputusan. “Atas s sebab ini, kita ha harus memberi berikan perha hatian khusu sus.”

D a l a m b beberapa m i n g g u akan dat tang, ia ad adalah sanga gat penting untu untuk musim Chelse Chelsea. Kunjung Kunjungan West Brom akan disusuli dengan perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Hull City sebelum perlawanan sukar menentang Barcelona pada pusingan kedua Liga JuaraJuara di Stamford Bridge dan kemudian menentang Manchester United dan Manchester City pada dua perlawanan liga berturut-turut.

Jika Conte gagal mendapatka­n satu kebangkita­n apabila menentang West Brom hari ini, beliau mungkin menyertai senarai pengurus yang dipecat pada pertengaha­n musim oleh pemilik kelab, Roman Abramovich.

“Kami menyedari ia satu tugas yang sukar apabila anda melihat jadual perlawanan kami selepas ini, kerana itu saya berkata ia mungkin menentukan musim kami,” kata kapten Chelsea, Gary Cahill.

“Pada akhir bulan Februari nanti, ia penting untuk berada pada kedudukan yang baik dalam pertanding­an ini tetapi semuanya di tangan kami.”

Dalam usaha mengubah nasib, Conte mengubah corak latihannya dan memberikan pemainnya rehat tiga hari minggu ini untuk mengembali­kan tenaga.

“Saya fikir ia satu peluang di mana pengurus mungkin merasa kami boleh berehat dari bola sepak untuk beberapa hari dan kembali bertenaga serta mengembali­kan fokus kepada tugas kami dan saya fikir ia akan memberikan kelebihan,” tambah Cahill.

West Brom juga mempunyai masalah mereka sendiri, mereka di tangga terbawah Liga Perdana dan keputusan perlawanan lain Sabtu lepas menyebabka­n mereka berada lima mata dari zon selamat.

Dan juga, penyerangn­ya, Jay Rodriguez, didakwa oleh badan induk bola sepak Inggeris (FA) kerana menggunaka­n bahasa perkauman ke atas pemain Brighton, Gaetan Bong.

Rodriguez menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang boleh menyebabka­n beliau digantung lebih lima perlawanan dan pengurus kelab, Alan Pardew menegaskan penyerang itu akan diturunkan sehingga satu keputusan dari pendakwaan FA diketahui.

“Saya tidak mempunyai masalah menurunkan beliau,” kata Pardew. “Ia satu situasi yang tidak ideal untuk Jay. Ia satu tuduhan yang beliau nafikan dan sebagai sebuah kelab, kami akan terus menyokongn­ya.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia