Utusan Borneo (Sarawak)

Real membelasah Sociedad 5-2, temui rentak menjelang kunjungan pendahulu Ligue 1 Perancis itu pada aksi Liga Juara-Juara Rabu ini

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo menjaringk­an hatrik buat Real Madrid ketika membuat persiapan untuk perlawanan Liga Juara- Juara menentang Paris Saint Germain (PSG) dengan kemenangan 5-2 ke atas Real Sociedad dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Anak buah Zinedine Zidane mungkin mencapai kemuncak prestasi musim ini dan masih belum sempurna, tetapi mereka kelihatan menemui rentak pada masa yang tepat menjelang kunjungan pendahulu Ligue 1 Perancis Rabu ini.

Real menguasai Sociedad dalam separuh masa pertama perlawanan di Santiago Bernabeu, membuka jaringan seawal minit pertama menerusi gol Lucas Vazquez dan kemudian Ronaldo melengkapk­an hatrik sebelum rehat.

Toni Kroos

Beliau sentiasa mempunyai pemikiran itu. Beliau hidup untuk menjaringk­an gol dan hari ini beliau menunjukka­nnya dengan tiga gol. Zinedine Zidane Jurulatih Real Madrid

kata Zidane.

“Beliau boleh menjaringk­an lebih banyak lagi gol dan ia persiapan yang baik untuk Rabu ini.”

Real bagaimanap­un mempunyai kurang 16 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona tetapi mereka kini kembali ke tangga ketiga liga, di hadapan Valencia, yang bermain lewat menentang Levante.

Dengan satu perhatian kepada perlawanan menentang PSG, Zidane merehatkan Gareth Bale dan Casemiro untuk memberikan penampilan kesebelasa­n utama buat Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

Vazquez b e r m a i n lebih banyak perlawanan untuk Madrid di bawah bimbingan Zidane berbandi ng pemain lain dan beliau membuka jaringan 49 saat selepas sepak mula apabila menanduk hantaran lintang Ronaldo.

Dengan penyerang utama mereka, Willian Jose mengalami kecederaan dan rekod buruk di Bernabeu, Sociedad terus hilang rentak apabila Asensio dan Marcelo berganding­an cantik sebelum mengumpan bola kepada Ronaldo untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-30 dan Kroos menjadikan kedudukan 3-0 dari satu rembatan cantik di hujung kotak penalti.

Ronaldo menjaringk­an gol kedua peribadi dan keempat perlawanan dari satu tendangan sudut Luka Modric pada minit ke-37 dan kedudukan b o l e h b e r - t ambah s e b e l u m rehat dengan cubaan Karim Benzema dan Ronaldo terkena palang. Real gagal mengekalka­n rentak yang s a m a selepas r e h a t d e n - g a n pemain Socie- dad, Juanmi, hampir membuka jaringan lebih awal apabila cubaannya terkena palang tetapi berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-74 apabila pemain gantiannya, Jon Bautista, mempunyai ruang untuk merembat menewaskan penjaga gol Real, Keylor Navas.

Ronal- dobagaiman­apun m e - lengkapkan hatrik dengan merembat bola muntah selepas Geronimo Rulli gagal menangkap kemas rembatan Bale, yang dimasukkan sebagai pemain gantian. Ia adalah gol liga ke-11 Ronaldo musim ini, dengan tujuh gol dijaringka­n dalam empat perlawanan terakhir.

Sociedad menjaringk­an gol kedua dari rembatan jarak dekat Asier Illarramen­di.

Gol terpantas Sabtu lepas bukan dijaringka­n oleh pemain Real Madrid tetapi pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann, yang menjaringk­an gol seawal 39 saat apabila menewaskan Malaga 1-0, untuk meletakkan mereka kurang enam mata dari Barcelona.

Griezmann menjaringk­an gol lima kelapan beliau musim ini dan kemenangan kelapan Atletico dengan keputusan 1-0 musim ini. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia