Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli kembali di puncak liga selepas bangkit atasi Lazio 4-1

-

MILAN, Itali: Napoli menunjukka­n kekuatan mereka dalam saingan kejuaraan Serie A Itali apabila bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Lazio 4-1 untuk merampas kembali tangga teratas liga dari juara bertahan, Juventus, Sabtu lepas.

Juventus menewaskan Fiorentina 2- 0 pada perlawanan hari Jumaat untuk melonjak ke tangga teratas tetapi Napoli, yang dibimbing Maurizio Sarri, bangkit bergaya untuk mengekalka­n kelebihan satu mata berbanding Juventus.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut- turut buat Lazio, di mana kedudukan mereka di tangga ketiga – 17 mata di belakang Napoli – kini dalam ancaman dari Inter Milan dan AS Roma, yang masingmasi­ng bermain lewat menentang Bologna dan Benevento.

“Ia adalah kemenan- gan dicapai dengan jiwa dan raga,” kata salah seorang penjaring gol Napoli, Jose Callejon dengan pasukannya memburu kejuaraan liga yang ketiga dan yang pertama sejak 1990.

“Kami berusaha bersama untuk mencapai impian. Kami memberikan segala-galanya sehingga ke akhir musim. Kami mempunyai impian ini sejak hari pertama sesi latihan pramusim dan mesti meneruskan rentak ini.”

Lazio membuka jaringan di Naples apabila Stefan de Vrij menjaringk­an gol seawal minit ketiga perlawanan di San Paolo hasil hantaran lintang Ciro Immobile namun Callejon mengikat kedudukan sebelum rehat.

Gol kedua Napoli bagaimanap­un dari pemain Lazio sendiri apabila Wallace cuba memintas hantaran Callejon pada minit ke53 tetapi bola masuk ke pintu golnya sendiri.

Lazio semakin tertekan apabila Mario Rui menambah jaringan sebelum Dries Mertens, yang kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan, melengkapk­an jaringan pada minit ke-72.

“Saya melihat pasukan yang tidak dapat diterima,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi. “Kami selayaknya tewas. Kami tidak bermain dalam separuh masa kedua dan apabila menentang pasukan seperti Napoli, anda akan menerima padah.”

Pada perlawanan awal, Patrick Cutrone menjaringk­an dua gol selain gol Lucas Biglia dan Fabio Borini untuk membolehka­n AC Milan menewaskan SPAL 4-0.

Cutrone, 20, mencuri perhatian selepas Nikola Kalinic tidak beraksi kerana kecederaan dan Davide Calabria digan- tung perlawanan apabila membuka jaringan seawal minit kedua dan gol kedua beliau hadir pada minit ke-65.

Biglia menjaringk­an gol pertama beliau bersama Milan pada minit ke- 73 dengan Borini dimasukkan dari bangku simpanan untuk melengkapk­an jaringan ketika Milan mencipta kemenangan ketujuh dari lima perlawanan liga terakhir.

“Kami tidak harus memikirkan bahawa keputusan ini akan menyelesai­kan masalah kami,” tegas jurulatih Milan, Gennaro Gattuso.

“Kami harus terus berusaha untuk meningkat. Satu-satu perkara yang saya minta dari pemain ialah untuk tidak berhenti percaya dengan kemungkina­n kami.

“Keputusan 4- 0 tidak menggambar­kan bagaimana anda terjejas apabila mendahului 40.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia