Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Super: Kuala Lumpur kejutkan JDT

-

KUALA LUMPUR: Pendatang baharu saingan Liga Super, Kuala Lumpur mengejutka­n juara empat kali berturuttu­rut liga, Johor Darul Ta’zim ( JDT) dengan kemenangan tipis 1- 0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin.

Skuad ‘The City Hawks’ yang memulakan kempen musim ini, dengan dua kekalahan masing- masing 0- 2 kepada Selangor dan Negeri Sembilan, menewaskan JDT menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Paulo Josue pada minit ke- 45, malam tadi.

Aksi yang bermula pada 9 malam tadi, terpaksa dihentikan pada minit ke- 56 berikutan hujan lebat mengakibat­kan permukaan padang lecak dan air bertakung.

Susulan itu, Komisioner Perlawanan Zahrul Nizam Mohd Salleh membuat keputusan baki 33 minit perlawanan disambung 4 petang tadi, dengan gelanggang serta pemain dan kedudukan jaringan yang sama.

Apabila aksi bersambung daripada minit ke56, skuad Harimau Selatan terus menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus, namun gagal membolosi gawang pasukan tuan rumah yang dikawal ketat Kamarul Effandi.

Peluang terbaik JDT untuk menyamakan kedudukan menerusi penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa namun tandukanny­a pada minit ke- 80 melambung tinggi, manakala percubaan Harris Harun pada minit ke- 86 diselamatk­an pemain pertahanan di atas garisan gol.

Kedudukan 1- 0 kekal sehingga wisel penamat, menyaksika­n skuad kendalian Ulisses Morais mengalami kekalahan pertama liga musim ini, selepas kali terakhir tewas 2- 3 kepada Felda United pada penghujung kempen 2017, di Stadium Shah Alam pada 28 Sept.

Keputusan itu menyaksika­n JDT turun ke tangga kedua carta dengan enam mata menerusi kemenangan 2- 1 ke atas Kedah dan menewaskan PKNP FC 3- 0, sekali gus menyaksika­n PKNS FC berada di puncak liga dengan tujuh mata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia