Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching gagal teruskan kehebatan tewas 1-0 kepada skuad Tawau FA

-

KUCHING: Skuad Kuching- Gedong Gators gagal meneruskan kehebatan mereka apabila tewas 1-0 kepada Tawau FA pada aksi terakhir pusingan pertama Kumpulan D kempen Liga Bola Sepak Rakyat ( LBR) Peringkat Kebangsaan 2017/ 2018 di Kompleks Sukan Tawau di Sabah, kelmarin.

Skuad warga kota itu gagal memanfaatk­an peluang untuk mengutip tiga mata selepas mencatat kemenangan menentang rakan senegeri, Miri FA minggu lalu.

Meskipun akur dengan keputusan itu, pengendali pasukan Kuching- Gedong Gators - Helearn Wilfred tetap berpuas hati dengan persembaha­n pemain- pemainnya.

“Saya amat bangga dan berpuas hati kerana semua pemain menunjukka­n semangat perjuangan tinggi emburu kemenangan dan seharusnya mereka mendapat pujian kerana bermain dengan begitu baik.

“Tidak dinafikan pasukan kita gagal menterjema­hkan banyak peluang yang dimiliki untuk melakukan jaringan tetapi mereka telah mempamerka­n aksi yang cemerlang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Helearn, skuad Kuching- Gedong Gators mampu menyaingi pemainpema­in Tawau yang lebih berpengala­man meskipun mereka dianggap ‘ pendatang’ baharu dalam LBR musim ini.

“Pemain-pemain pasukan Tawau pernah bermain di peringkat tinggi dan mereka memiliki banyak pengalaman namun pemain-pemain kita mampu memberi saingan ke- pada mereka,” katanya.

Sebelum ini, Kuching Gedong- Gators mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Miri FA pada perlawanan Kumpulan D di Padang C, Petra Jaya di sini.

 ??  ?? KAWAL: Aksi menarik perlawanan skuad Kuching Gedong-Gators ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Miri FA di Kuching, minggu lalu.
KAWAL: Aksi menarik perlawanan skuad Kuching Gedong-Gators ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Miri FA di Kuching, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia