Utusan Borneo (Sarawak)

Alami satu tahun yang penuh dengan kesakitan

- Oleh Frankie Taggart

BELIAU membina imej sebagai lelaki lasak sepanjang dua dekad membintang­i filemfilem aksi tetapi tiada watak yang dapat mempersiap­kan Gerard Butler dengan kemalangan motosikal menyakitka­n. Pelakon berusia 48 tahun dari Scotland itu – paling dikenali dengan watak ketua Spartan, Leonidas dalam filem aksi fantasi ‘300’ pada 2006 – menunggang motosikal beliau di Los Angeles pada bulan Oktober apabila berlanggar dengan sebuah kereta, menyebabka­n beliau terpelanti­ng ke udara. “Saya mengalami keretakan di lima tulang pada kaki kanan dan keretakan kecil di setiap kaki dan saraf sentuh dan tulang lebam selain cedera di buku lali dan juga kedua-dua lutut,” kata beliau kepada AFP. Kecederaan sememangny­a datang pada masa yang teruk, ketika beliau sedang mempromosi­kan filem berkenaan cuaca ‘Geostorm’ dan juga masih berlakon untuk filem ‘Den of Thieves’ dan filem tentera ‘Hunter Killer’. “Saya berada di tujuh negara dalam tempoh lima minggu dan tidak dapat berjalan, dan ia mungkin tempoh paling sukar dalam kehidupan saya – pergi ke rancangan bual bicara dan berpura-pura anda sihat,” kata beliau ketika mengimbau kembali semua itu.

Dari segi kesakitan dan geseran, tahun lepas adalah pelik, kata pelakon itu dalam satu temu bual baru-baru ini di Beverly Hills untuk mempromosi watak beliau sebagai polis elit dalam ‘Den of Thieves’.

“Saya menambah 25 paun – pada satu ketika saya 30 paun lebih berat – hanya untuk memegang watak dan pada akhir penggambar­an, saya mengalami kecederaan di lutut pada satu babak lasak,” kata beliau.

“Malangnya, saya sudah komited untuk membintang­i satu lagi filem lapan hari kemudian – ‘Keepers’ di Scotland - di mana apabila saya tiba, saya menyedari semuanya tentang sebuah gunung – enam minggu naik dan turun sebuah gunung.

“Pada masa penggambar­an selesai, kedua-dua lutut saya sudah sakit. Dan kemudian saya mengalami kemalangan motosikal dan mencederak­an kedua-dua lutut saya, jadi ia adalah tahun cabaran yang menarik.”

Lahir di Paisley, di pinggir Glasgow, Butler menerokai Hollywood dengan otot perut sasa – dengan pengkritik mencadangk­an ia diubah secara digital – sebagai Raja Leonidas dalam filem ‘300’.

Watak lebih dari dua dozen lain termasuk watak samseng dalam ‘RocknRolla’ (2009), pembunuh dalam ‘Law Abiding Citizen’ (2009) dan penunggang ketagihan arak dan dadah dalam ‘Machine Gun Preacher’ (2011).

Beliau juga menunjukka­n sifat romantik dalam filem seperti ‘P.S. I Love You’ (2007), ‘The Ugly Truth’ (2009) dan membintang­i filem bersama Jennifer Anniston dalam ‘The Bounty Hunter’ (2010).

Beliau masih boleh mempunyai masa untuk menyelamat­kan presiden atau planet dari masalah dengan aksi lasak dan bijak seperti ‘Olympus Has Fallen’ dan sekuelnya.

Projek terbaharu beliau ‘Den of Thieves’ arahan Christian Gudegasts, ditayangka­n baru-baru ini dengan ulasan hambar tetapi sudah menyamai kos penghasila­n dengan 30 juta dolar dalam box office.

Filem ke-48 beliau, adalah tentang hidup bersilang unit jenayah berat Jabatan Sheriff Los Angeles – dikenali sebagai ‘Regulators’ dan ‘Outlaws’, sebuah kumpulan perompak elit.

Dengan barisan bintang termasuk bintang hip hop Curtis “50 Cent’ Jackson, anak penyanyi rap Ice Cube, O’Shea Jackson Jr dan Pablo Schreiber (The Wire, Lords of Dogtown), ia mungkin filem pertama di mana Butler bersaing serius dengan pelakon lelaki utama lain.

“Sudah agak lama saya tidak melihat ramai pelakon lelaki sejak ‘300’ – dan juga ketika itu, tiada banyak karektor utama,” kata beliau dengan nada berseloroh.

Beliau mengakui ada “saingan sihat” di lokasi penggambar­an tetapi menambah ia memang menarik untuk bekerja dengan “sekumpulan lelaki yang baik hati.”

Tiada filem dapat lari dari perhatian media Hollywood apabila melibatkan jantina dan pelbagai kaum, dan filem rompakan seperti ini juga terlepas.

Butler dan rakan filem ditanya semasa sidang media baru-baru ini kenapa tiada ramai wanita dalam watak utama filem ‘Den of Thieves’ dan menjawab soalan dengan lebih sopan.

AFP bertanya kepada Butler selepas itu apa yang beliau fikir tekanan untuk setiap filem melibatkan kepelbagai­an kaum tidak masuk akal dan beliau berhenti seketika sebelum memberi respon.

“Saya fikir kadangkada­ng tekanan itu adalah adil. Ia satu pergerakan yang saya boleh sokong dan fahami,” kata beliau.

“Tetapi apabila orang cuba untuk mengguna pakai ia kepada segalagala­nya, termasuk sebuah filem tentang sekumpulan polis samaran lelaki dan sekumpulan bekas tentera dan berkata ‘Perlu ada wanita ke dalam cerita ini?’ – maka tidak.

“Anda menjawab soalan, senyum dan meneruskan kehidupan.”

— AFP

 ??  ?? GERARD BUTLER
GERARD BUTLER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia