Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki berpedang serang gereja ditembak mati

-

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati seorang lelaki bersenjata­kan pedang yang menyerang kongregasi gereja sewaktu sembahyang misa Ahad dan mencederak­an empat orang termasuk seorang paderi.

Kira- kira 100 orang menghadiri sembahyang Misa di gereja berkenaan di bandar Sleman, wilayah Yogyakarta, apabila seorang lelaki menyerbu masuk dengan pedang sepanjang satu meter dan mula menyerang orang secara rambang.

“Empat orang cedera dalam insiden itu, agak serius, tetapi kami masih tidak dapat menentukan motif penyerang,” kata jurucakap polis Yogyakarta Yulianto.

Seorang anggota kongregasi Andhi Cahyo berkata, beberapa minit selepas misa bermula, seorang anggota kongregasi menerobos masuk ke dalam gereja dengan kepala berdarah, dikejar seorang pemuda yang membawa pedang.

“Semua orang mula panik dan menjerit, saya bergegas menyelamat­kan isteri dan anak saya,” kata Cahyo.

Orang ramai di dalam gereja lari keluar menerusi pintu lain dan penyerang mengejar mereka sambil memusnahka­n harta benda gereja.

Dia turut menyerang seorang paderi yang berdiri di altar.

Polis tiba di tempat kejadian sejurus selepas serangan berlaku dan melepaskan tembakan amaran ke udara untuk menakutkan penyerang, yang enggan menyerah diri.

“Selepas tembakan amaran dilepaskan, penyerang meluru ke arah pegawai polis dengan pedangnya.

“Pegawai itu kemudian menembakny­a di bawah perutnya, tetapi dia dapat juga mencederak­an pegawai terbabit sebelum berjaya ditahan,” kata Cahyo.

Penyerang kemudian disahkan mati di hospital.

Semua mangsa telah dibawa ke hospital Panti Rapih untuk mendapatka­n rawatan.

Insiden itu serangan terbaharu di negara majoriti Muslim itu, yang turut dihuni ramai penganut Kristian, Hindu dan Buddha.

Pada 2016 beberapa kanak-kanak cedera selepas seorang lelaki dilaporkan melontar bom petrol ke dalam gereja ketika kebaktian Ahad sedang berlangsun­g. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia