Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya untuk tempoh sederhana, mungkin sekali dalam 10 tahun

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka berada dalam fasa pembetulan minggu ini susulan kebimbanga­n terhadap kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi dan peningkata­n hasil bon yang menyebabka­n Wall Street memasuki fasa pembetulan.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pembetulan itu, bagaimanap­un, hanya bagi tempoh sederhana yang kemungkina­n berlaku sekali dalam 10 tahun.

“Oleh kerana pasaran Asia dan rantau-rantau lain di dunia jatuh sepanjang minggu, ini membayangk­an lebih banyak pembetulan akan dilihat dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Pasaran, termasuk ko- moditi seperti getah, minyak sawit mentah dan minyak mentah Brent juga akan menerima kesan daripada penjualan besar- besaran, tetapi ini hanya sementara sahaja. Kali terakhir ia berlaku pada 1998,” katanya kepada Bernama.

Bagi berita baiknya, Nazri Khan berkata, meskipun penurunan pasaran global, Malaysia mencatatka­n aliran masuk dana yang positif dengan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih pada Januari bagi bon Malaysia sebanyak RM4.5 bilion pada Januari 2018 daripada RM2.7 bilion pada Disember tahun lepas.

“Ini menunjukka­n pembeli asing yakin dengan asas Malaysia.

“Justeru, kami melihat penurunan yang perlahan ke paras 1,800 bagi indeks petunjuk pasaran pada minggu depan,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya rendah, sama seperti bursabursa lain di Asia disebabkan oleh penurunan di Wall Street yang mencetuska­n penjualan saham besar-besaran di seluruh dunia.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun sebanyak 50.66 mata untuk ditutup kepada 1,819.82.

Indeks FBM Emas susut 401.52 mata kepada 12,975.06, Indeks FBMT 100 turun 369.88 mata kepada 12,701.84 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 374.18 mata kepada 13,277.64.

FBM 70 jatuh 519.41 mata kepada 15,948.77 dan FBM Ace susut 407.81 mata kepada 6,088.32.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 523.11 mata kepada 17,456.47, Indeks Perladanga­n turun 110.37 mata kepada 7,946.03 dan Indeks Perusahaan jatuh 166.05 mata kepada 3,221.36.

Jumlah dagangan meningkat kepada 15.68 bilion unit bernilai RM16.43 bilion daripada 6.52 bilion unit bernilai RM6.15 bilion minggu sebelumnya.

Pasaran Utama naik kepada 10.01 bilion unit bernilai RM15.42 bilion daripada 5.63 bilion unit bernilai RM8.11 bilion.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 2.79 bilion unit bernilai RM566.26 juta daripada 1.61 bilion unit bernilai RM243 juta.

Pasaran ACE menambah kepada 2.83 bilion unit bernilai RM432.96 juta daripada 1.60 bilion unit bernilai RM275.57 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia