Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan secara berhati- hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, dipengaruh­i faktor dalaman dan luaran, terutama ketidakten­tuan dalam pasaran AS, kata peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata mata wang tempatan mungkin dipengaruh­i faktor luaran, termasuk oleh penjualan besarbesar­an di pasaran saham dunia pada minggu ini.

Beliau berkata penjualan itu menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan pelabur dan mereka beralih daripada aset berisiko kepada selamat, sekali gus menyebabka­n unit tempatan rendah berbanding peningkata­n minggu sebelumnya.

“Bagi minggu depan ( minggu ini), ringgit dijangka bergerak sekitar paras 3.900 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Peniaga lain berkata, ringgit juga dijangka dipen- garuhi data pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh Malaysia yang dijadual diumumkan Rabu ini.

“Beberapa penganalis­is mengunjurk­an KDNK 2017 berkembang pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016,” katanya.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal minggu ini berikutan mata wang negara maju tersebut mendapat sokongan daripada data pekerjaan yang positif seminggu sebelum itu.

Bagaimanap­un, dolar AS mengalami pembetulan teknikal kecil pada Selasa yang mendorong mata wang tempatan mendapat semula asas pergerakan sebelum meningkat pada Rabu, berikutan kebimbanga­n pelabur terhadap penjualan besar-besaran dalam pasaran saham dunia.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, nota tempatan ditutup pada 3.9370/ 9410 berbanding dolar AS daripada 3.8850/ 8880 minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanap­un diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9604/9643 daripada 2.9575/9618 minggu sebelumnya dan rendah berbanding yen kepada 3.6096/6143 daripada 3.5354/5387.

Bagaimanap­un, nota tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8279/ 8344 daripada 4.8508/ 8553 dan tinggi berbanding pound kepada 5.4795/ 4859 daripada 5.5229/ 5283 minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia