Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM dijangka alami dagangan lengang

-

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka lengang minggu ini, memandangk­an kebanyakan pelabur mungkin tidak aktif menjelang Tahun Baharu Cina yang bermula 16 Feb ini.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata dagangan lengang itu dijangka menyebabka­n harga MSM diniagakan antara RM2,300 dan RM2,400 satu tan.

“Spekulator dan pelabur, malah pengilang minyak sawit, akan mula bercuti seawal pada Rabu, sekali gus menyebabka­n persekitar­an dagangan suram,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Teh berkata, banyak peserta pasaran akan kekal tidak memasuki pasaran untuk menunggu laporan inventori MSM Januari oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia, yang dijangka dikeluarka­n pada 12 Feb, 2018.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga MSM kebanyakan­nya tinggi dalam keadaan penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada dipengaruh­i oleh harga minyak kacang soya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Februari 2018 meningkat RM20 kepada RM2,495 satu tan, Mac 2018 melonjak RM49 kepada RM2,519 satu tan, April 2018 naik RM45 kepada RM2,514 satu tan dan Mei 2018 menokok RM40 kepada RM2,514 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 213,774 lot daripada 90,023 lot semasa tempoh dagangan singkat minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 286,520 kontrak daripada 261,795 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Februari meningkat RM25 kepada RM2,515 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia