Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka alami dagangan lengang minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan lengang minggu ini menjelang cuti sambutan Tahun Baharu Cina bermula 16 Feb ini.

Peniaga berkata, suasana bercuti telah bermula dan peniaga Cina juga membuat persiapan untuk menyambut perayaan itu.

“Peniaga dijangka tidak aktif di pasaran minggu depan (minggu ini), menyebabka­n persekitar­an dagangan lengang,” katanya.

Sementara itu, peniaga berkata, pasaran getah tempatan juga akan bergerak seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, iaitu Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Hadapan Shanghai minggu lepas.

“Harga minyak mentah dunia dan pergerakan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga akan menentukan harga getah tempatan,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran getah diniagakan kebanyakan­nya bercampur-campur, dipengaruh­i terutamany­a oleh prestasi pasaran serantau, pergerakan ringgit dan harga minyak mentah.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 15.5 sen kepada 556.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal meningkat lima sen kepada 463.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi gred tayar SMR 20 turun 16.5 sen kepada 554.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 5.5 sen kepada 466.0 sen sekilogram. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berada dalam fasa pembetulan minggu ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar, kata seorang peniaga.

Beliau berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Ma- laysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak ke paras 1,800 minggu ini.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran niaga hadapan itu kebanyakan­nya rendah sejajar dengan pasaran tunai.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Februari 2018 dan Mac 2018 setiap satu turun 45.5 mata masing-masing kepada 1,816.50 dan 1,814.50, Jun 2018 berkuranga­n 49.5 mata kepada 1,809.50, manakala September 2018 menguncup 52.5 mata kepada 1,808.50.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 50,068 lot berbanding 40,659 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka turun kepada 33,522 kontrak daripada 36,634 kontrak.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, FBM KLCI ditutup rendah, jatuh 50.66 mata kepada 1,819.82 berbanding 1,870.48 pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia