Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar Proton naik taraf ke pusat 4S atas keyakinan masa depan cerah kereta nasional

-

KUALA LUMPUR: Sebuah pengedar Proton yang telah lama beroperasi melabur sebanyak RM4 juta untuk menaik taraf menjadi pusat 4S susulan keyakinan tingginya terhadap masa depan kereta nasional itu selepas pengeluar kereta terkenal China Zhejiang Geely Holdings Group ( Geely) menjadi rakan kongsi strategik dalam pengeluar kereta pertama Malaysia itu.

Datuk Shamshudin Nor, pengasas Pantai Bharu Holdings, berkata Proton akan dapat mengekalka­n 50 peratus bahagian pasaran dengan teknologi baharu daripada Geely, sebuah kumpulan automotif multinasio­nal.

Keyakinan beliau itu, katanya, disandarka­n kepada reputasi Geely sebagai sebuah jenama global serta pindahan teknologi ke Malaysia dan syarikat itu telah pun melabur bagi bangunan baharu untuk pusat 4S tersebut.

Shamshudin berkata beliau yakin dengan masa depan Proton kerana Geely mempunyai segalanya untuk mengeluark­an kereta dengan reka bentuk yang baik bagi pengeluara­n besar-besaran selepas melawat ke kilang syarikat itu di Shanghai baru- baru ini.

Syarikat induk Proton, DRB- Hicom Bhd dan Geely memeterai perjanjian tahun lepas di mana Geely membeli 49.9 peratus pegangan dalam pengeluar kereta nasional itu.

Shamshudin berkata beliau telah melihat sendiri operasi Geely dan menyedari hasil kerja dan ciri-ciri teknologi auto syarikat itu jelas dapat dilihat dalam Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu Proton.

SUV itu, sama seperti kereta Geely, menawarkan pemanduan yang selesa dan pengendali­an yang baik serta gearbox responsif apabila menukar gear, yang mana merupakan antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan.

“Proton akan dapat menawarkan kepada pelanggan pelbagai jajaran model,” kata Shamsudin, yang dianggap sebagai antara pengedar utama kereta Proton, memulakan perniagaan­nya sejak 1978 dengan mengedarka­n pelbagai kereta jenama lain dan kemudianny­a kereta nasional.

“Apabila kita melihat kereta China, reka bentuk, kerangka badan, tempat duduk yang cantik, yang boleh diterima oleh pengguna, rasanya jenama Proton akan okay pada masa depan,” katanya

Beliau yang kagum dengan komitmen Geely untuk memulihkan Proton semasa kunjungann­ya itu berkata, para pengedar akan dapat menjual beberapa ratus unit kereta sebulan.

Menurutnya, pusat 4S itu dan bengkel akan menawarkan khidmat servis, termasuk pejabat jualan, perkhidmat­an selepas jualan, jualan alatalat ganti dan perkhidmat­an mengecat badan kereta.

Shamshudin, yang merupakan antara pengedar uta- ma Proton yang dibawa melawat ke kilang Geely itu berkata: “Kita perlu mempunyai standard dan kualiti yang setanding atau lebih baik berbanding kereta-kereta lain untuk bersaing.”

“Perkhidmat­an selepas jualan sangat penting.

“Kami yakin dengan kualiti dan jaminan tetapi harga tidak boleh terlalu tinggi, memandangk­an persaingan sengit daripada kereta-kereta lain, termasuk jenama berharga kompetitif lain dari China,” katanya.

Beliau berkata pengedar Proton perlu telus berkaitan dengan jualan, vendor perlu mengikut harga pasaran dan tidak sepatutnya ada kos tambahan.

Di China, beliau melihat bahawa vendor menawarkan harga menarik kepada pengeluar kereta.

Sementara itu, anak perempuann­ya, Rabitah Shamshudin, berkata: “Geely adalah nama yang disegani di China dan juga global, itulah sebabnya mengapa ia akan menjadi satu kelebihan sekiranya ciri-ciri keselamata­n Volvo dipasang ke dalam kereta Proton (dan) itulah apa yang kami harapkan.”

Rabitah, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Bharu Holdings, berkata: “Dengan perkongsia­n strategik baharu Proton- Geely ini mengeluark­an kereta berkualiti, sudah sampai masanya untuk membina jenama dengan lebih banyak kereta Proton bergerak di jalan raya.”

“Pakatan auto Global, berkongsi teknologi adalah satu cara untuk melangkah kehadapan terutamany­a bagi Proton untuk mengurangk­an kos, meningkatk­an kualiti, margin dan merebut bahagian pasaran yang lebih besar,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SHAMSHUDIN
SHAMSHUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia