Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga projek utama di Kedah dijangka tawar lebih 70,000 peluang pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai pemaju hartanah, Amcorp Properties Bhd pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2017 melonjak kepada RM76.95 juta berbanding RM10.9 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, Amcorp Properties berkata, keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi itu disebabkan pengiktira­fan keuntungan daripada penyerahan unit yang sudah dijual bagi projek Burlington Gate dan Holland Park Villas di London.

Ia berkata, pendapatan bagaimanap­un merosot kepada RM36.1 juta pada suku berkenaan daripada RM44.52 juta sebelumnya, terutama disebabkan jualan yang lebih rendah bagi projek Kayangan Heights di Shah Alam.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan sebelum cukai melambung kepada RM112.36 juta daripada RM27.25 juta dalam tempoh yang sama pada 2016, manakala pendapatan susut kepada RM106.24 juta berbanding RM141.32 juta sebelumnya. — Bernama KUBANG PASU: Lebih 70,000 peluang pekerjaan dijangka dapat ditawarkan­kepada golongan muda menerusi tiga projek utama di Kedah, yang akan dilaksanak­an Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) hingga 2025.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata tiga projek itu merangkumi penubuhan Taman Teknologi Sains Kedah (KSTP) dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dekat sini, serta Bandar Getah Kedah (KRC) di Padang Terap.

Beliau berkata KSTP dan KRC adalah antara projek pembanguna­n di bawah Rangka Tindakan Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 20162025 (Blueprint 2.0) yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos tahun lepas manakala SBEZ merupakan projek baharu yang diumumkan Najib semasa pembentang­an Bajet 2018.

“...peluang pekerjaan yang akan disediakan ini antaranya dalam bidang pembuatan, pertanian moden, agrosains dan juga logistik... seperti projek SBEZ yang akan menumpukan kepada elemen logistik.

“Dua pertiga daripada jumlah eksport selatan Thailand adalah melalui Wilayah Ekonomi Koridor Utara, iaitu Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, dengan hala tuju kebanyakan­nya – lebih 70 peratus – daripada jumlah itu, akan dihantar ke Pelabuhan Pulau Pinang.

“Ini antara fakta menarik. 34 peratus makanan dalam tin yang dieksport Selatan Thailand masuk ke kawasan kita, dan kemudian ke Pelabuhan Pulau Pinang, untuk dihantar ke negara China. Ini disebabkan kecekapan sistem penghantar­an yang kita ada,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian semasa Program Jelajah UtaraKU Blueprint 2.0 di Pusat Transforma­si Luar Bandar Napoh ( RTC Napoh) di Changlun dekat sini kelmarin yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? WAJAH GEMBIRA: Redza (dua kanan) bersama Ahmad Zaini (kanan) menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada Muhammad Mustaqim Zaidi pada Majlis Pelancaran Program Jelajah UtaraKU Blueprint 2.0 di pekarangan RTC Napoh di Changlun, kelmarin.
— Gambar Bernama WAJAH GEMBIRA: Redza (dua kanan) bersama Ahmad Zaini (kanan) menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada Muhammad Mustaqim Zaidi pada Majlis Pelancaran Program Jelajah UtaraKU Blueprint 2.0 di pekarangan RTC Napoh di Changlun, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia