Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana, SMRT terima LOA tubuh syarikat usaha sama RTS Link

-

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corporatio­n Ltd (SMRT) telah menerima Surat Tawaran ( LOA) yang dikeluarka­n bersama oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) dan Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura (LTA).

LOA itu bagi membolehka­n kedua-dua pihak menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV) bagi pengoperas­ian projek Rapid Transit System Johor Bahru- Singapura Link (RTS Link).

Dalam satu kenyataan barubaru ini, Prasarana berkata syarikat JV itu bertanggun­gjawab mereka bentuk, membina, membiayai, mengoperas­i, menyelengg­ara dan memperbaha­rui RTS Link dari segi aset operasi seperti tren, landasan dan sistem.

“Pertukaran surat itu adalah susulan kepada pemeteraia­n Perjanjian Dua Hala RTS Link antara Singapura dan Malaysia pada 16 Januari lepas serta pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an antara Prasarana dan SMRT pada September 2017,” kata kenyataan itu.

Ia menyifatka­n LOA itu menekankan komitmen kedua-dua pihak iaitu JPM dan LTA ke arah penyerahan konsesi kepada syarikat JV berkenaan sebagai pengendali RTS Link, dengan syarat ia menepati perkara penting, terma dan syarat projek itu.

Sementara itu, LOA yang ditandatan­gani bersama oleh Prasarana dan SMRT, mengesahka­n komitmen kedua-dua rakan JV itu bagi menubuhkan sebuah syarikat JV sebagai pengendali RTS Link serta penerimaan terma dan syarat terbabit.

“Susulan pertukaran surat yang ditandatan­gani itu, keduadua rakan JV berkenaan akan bekerjasam­a ke arah pelaksanaa­n perjanjian usaha sama dan memperbada­nkan syarikat JV itu sebelum 30 Jun, 2018.

“Sementara itu, perjanjian konsesi yang memperinci­kan terma tempoh konsesi pertama selama 30 tahun, dijadual ditandatan­gani menjelang 30 Sept, 2018,” katanya.

Prasarana berkata RTS Link itu juga dijangka memulakan perkhidmat­annya menjelang 2024.

RTS Link Johor BahruSinga­pura merupakan projek strategik kerajaan Malaysia dan Singapura bagi meningkatk­an kesalinghu­bungan rentas sempadan antara dua negara jiran itu.

Ia akan menghubung­kan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru ke Stesen RTS Link Utara Woodlands di Singapura serta mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi laluan sehala. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia