Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan di DUN Tupong, Parlimen Petra Jaya perlu dinaik taraf

-

KUCHING: Peruntukan daripada kerajaan negeri akan dipohon untuk digunakan bagi menaik taraf beberapa jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong dan Parlimen Petra Jaya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata antara jalan dalam perancanga­n untuk dinaik taraf ialah jalan di hadapan Court Mammoth Matang Jaya bermula dari jambatan di sini hingga ke lampu isyarat Taman Dahlia (Matang).

Selain itu, turut disenarai dalam perancanga­n naik taraf itu ialah jalan bermula dari lampu isyarat memasuki Taman Malihah Matang hingga Batu Kawah dan dari lampu isyarat Batu 7 Matang hingga Sungai Tengah Matang.

“Sekarang kami bertiga, saya, YB Fazzrudin Abdul Rahman (ADUN Tupong) dan Senator Dr Zaiedi Suhaili mencari cara untuk menambah baik jalan-jalan ini.

“Kita akan memohon perun- tukan daripada kerajaan negeri untuk membina jalan-jalan ini secara berperingk­at,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Angpau sempena Tahun Baharu Cina (2018) bagi kawasan DUN Tupong di Dewan Serba Guna SUPP Matang, Sungai Tengah dekat sini semalam.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata langkah menaik taraf dengan melebarkan jalan-jalan berkenaan perlu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dihadapi penduduk di kawasan berkenaan setiap kali pergi dan balik ke pusat bandar.

Mengenai projek pembinaan laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip di Petra Jaya, katanya setakat ini ia siap 80 peratus dan dijadual siap Jun nanti.

“Naik taraf jalan dari bulatan Emart Matang ke Stapok pula kalau ikut kontrak ia sepatutnya siap sepenuhnya Mac ini.

“Kalau laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali dan Emart Matang ke Stapok siap ia akan dapat membantu mengatasi kesesakan lalu lintas di sini,” katanya.

Mengenai majlis itu, Fadillah berkata ia merupakan acara tahunan setiap kali menjelang TBC serta perayaan utama yang lain sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Petra Jaya.

Pada majlis itu beliau turut memaklumka­n peruntukan RM1 juta telah diluluskan untuk membina semula dewan serba guna itu yang sepatutnya mula dibina beberapa tahun lalu.

Bagaimanap­un ujarnya, disebabkan masalah tiada kontraktor yang sanggup membina dewan berkenaan maka pembinaann­ya tertangguh.

“YB Fazzrudin telah menyemak dengan JKR, mendapati tender untuk membina dewan ini sudah dua kali dikeluarka­n tetapi tiada kontraktor sanggup melakukann­ya.

“Sekarang kita sudah ada kontraktor dan kita akan pastikan dewan ini dapat disiapkan mengikut jadual, jika kontraktor ini tarik diri, kita akan berbincang bagaimana wang yang ada diserahkan kepada jawatankua­sa bangunan ini, untuk melakukan kerjakerja pembinaan di bawah pemantauan agensi berwajib,” ujarnya.

Mengenai majlis itu, Fadillah berkata ia merupakan acara tahunan bagi meraikan golongan kurang bernasib baik setiap kali menjelang TBC.

“Kita mahu meraikan bersama-sama Tahun Baharu Cina bersama komuniti setempat kerana mahu tahun baharu tidak hanya diharap membawa kemakmuran tetapi kesihatan dan kebahagian dalam hidup,” katanya.

Pada majlis itu seramai 130 penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) dari DUN Tupong menerima sumbangan angpau dan limau mandarin yang disampaika­n oleh Fadillah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia