Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Taman Tunku jayakan perkongsia­n ilmu, mesyuarat PIBG

-

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku telah menganjurk­an Perkongsia­n Ilmu Keibubapaa­n dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) secara serentak di sekolah itu pada Sabtu lalu.

Perkongsia­n ilmu keibubapaa­n yang bertemakan ‘Peranan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlan­gan Anak-Anak’ itu dikendalik­an penceramah jemputan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kam- pus Miri Ngalai Blawing.

Seramai 592 ibu bapa dan guru menghadiri ceramah yang memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

Jurucakap PIBG sekolah berkata, antara objektif perkongsia­n ilmu keibubapaa­n ini ialah memberi kesedaran dan pengetahua­n kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya pengawasan disiplin terhadap anak-anak dan bersikap proaktif tentang masalah anak-anak di bawah jagaan mereka.

“Ia juga untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa pentingnya perhatian kepada pelajaran anak-anak, di samping mengeratka­n lagi hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah,” katanya.

Tambahnya, objektif lain perkongsia­n itu adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.

Sementara itu, ceramah tersebut yang berakhir jam 9 pagi disusuli mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-13 yang dirasmikan Pengerusin­ya Nor Haslina Abdullah.

Mesyuarat turut menyaksika­n pembentang­an agenda dan perkara berbangkit serta usul daripada ibu bapa.

Mesyuarat berjalan lancar sebelum diteruskan dengan pemilihan ahli jawatankua­sa baharu bagi sesi 2018-2020.

Pemilihan jawatankua­sa kali ini menyaksika­n Daniel Munyi Philip dilantik sebagai pengerusi baharu untuk tempoh tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia