Utusan Borneo (Sarawak)

Program Khidmat Masyarakat Belia MYY bantu mangsa rumah panjang terbakar

-

MARUDI: Program Khidmat Masyarakat Belia MYY membantu mangsa rumah panjang terbakar di Rumah Langat Anthony Collin Nangga Majang Tinjar, Baram dilaksanak­an dengan jayanya.

Lebih 30 sukarelawa­n terlibat menjayakan projek amal ini bagi membantu meringanka­n beban mangsa dengan mengumpul derma berupa makanan kering, minuman, pakaian dan barangan dapur daripada penduduk Miri.

Kediaman 27 pintu itu ranap dalam kejadian pada 31 Januari lalu melibatkan 245 penduduk.

Aktiviti dikendalik­an Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Pacuan Empat Roda Bandar Minyak Taman Tunku, Miri (OAC).

Turut mengambil bahagian sukarelawa­n dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kelab Rakan Muda Bandar Miri, Kelab Belia Bersatu Miri, Fajar Internatio­nal College dan Evolution Fitness Club.

Lebih 10 kereta pacuan empat roda digunakan untuk menghantar bekalan dengan melalui perjalanan darat selama tiga jam bertolak dari UTC Miri jam 9 pagi kelmarin ( Ahad) dan tiba di Rumah Langat jam 12.15 tengah hari.

Peserta dilepaskan oleh Pegawai Kelab Belia dan Sukan Miri Stephanie Wendy Stamford.

Tuai Rumah Langat Anthony Collin hadir menerima sumbangan mewakili penduduk.

Turut bersama rombongan ialah Presiden OAC Mohd Suffri Hamdan, wakil Baram Offroader Club (BOC) Emry Najau, wakil Skuad Muda Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Abu Bakar Kalong dan wakil IKBN Miri Christophe­r Boris.

 ??  ?? TERIMALAH: Pembantu Belia dan Sukan Dewa Sufri (tiga kiri) menyampaik­an derma kepada Tuai Rumah Langat sambil disaksikan rombongan sukarelawa­n dari Miri.
TERIMALAH: Pembantu Belia dan Sukan Dewa Sufri (tiga kiri) menyampaik­an derma kepada Tuai Rumah Langat sambil disaksikan rombongan sukarelawa­n dari Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia