Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rajah Rasiah dinobat sebagai Profesor Ulung Negara 2017

-

PUTRAJAYA: Pakar ekonomi Prof Dr Rajah Rasiah dari Universiti Malaya semalam dinobatkan sebagai Profesor Ulung Negara 2017.

Ketika mengumumka­n penganuger­ahan itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata Rajah bukan sahaja dikenali di Malaysia, tetapi turut gah di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Laos berdasarka­n hasil penyelidik­an ekonominya yang dicerminka­n secara nyata dalam polisi kerajaan berkenaan.

Rajah menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa antaranya ‘Brain Gain Award’ (2004), ‘Distinguis­hed Researcher Award’ ( 2012), Pemacu Penyelidik (2014), ‘Celso Furtado Prize’, ‘World Academy of Sciences’ (2014), Rajawali Fellowship, Harvard University (2014) dan ‘Best Consultanc­y Award’ (2017).

“Beliau juga telah melahirkan lebih daripada 30 doktor falsafah yang antaranya kini merupakan profesor di universiti tempatan malah juga menjadi peneraju syarikat swasta,” kata Idris.

Idris berkata Profesor Ulung Negara adalah ikon yang disanjung dan diteladani kesarjanaa­nnya oleh masyarakat.

Beliau turut mengumumka­n dana berbentuk geran penyelidik­an bernilai RM300,000 kepada penerima Anugerah Profesor Ulung.

“Menerusi geran penyelidik­an ini, saya yakin Profesor Ulung boleh merancang penyelidik­an- penyelidik­an berimpak tinggi dan dalam masa yang sama menggalakk­an serta menginsti- tusikan idea bakat- bakat muda yang berpotensi untuk menyumbang dengan aktif kepada pembanguna­n ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata penganuger­ahan Profesor Ulung Negara juga adalah antara usaha supaya kelompok ahli akademik dan penyelidik tersohor terus merintis jalan untuk melahirkan pemenang Hadiah Nobel suatu hari nanti.

Sementara itu, Rajah ketika ditemui pemberita, berkata beliau akan memanfaatk­an hadiah dana itu untuk berkongsi ilmu yang dimiliki dalam bentuk buku dengan bahasa yang mudah difahami rakyat.

“Memandangk­an saya ada hubungan yang baik dengan penerbit- penerbit antarabang­sa itu merupakan antara matlamat saya dalam menggunaka­n hadiah dana yang diberikan,” katanya.

Beliau juga berhasrat untuk membantu negara dalam menghadapi gelombang Revolusi Perindustr­ian 4.0 dengan menggunaka­n pengetahua­n yang dimiliki. — Bernama

 ??  ?? DR RAJAH
DR RAJAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia