Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Futsal negara dijangka akan jalani latihan di Iran atau Sepanyol

-

KOTA BHARU: Pasukan futsal kebangsaan dijangka menjalani latihan sama ada di Iran atau Sepanyol bagi memperkuat pasukan itu, kata Pengerusi Jawatankua­sa Futsal dan Bola Sepak Pantai, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Rosmadi Ismail.

Rosmadi berkata langkah berkenaan diambil badan tersebut berikutan kegagalan pasukan itu mencapai sasaran suku akhir dalam kejohanan futsal Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Taiwan bulan lepas.

“Kita akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat di peringkat FAM untuk melihat kesesuaian bagi menyertai kejohanan di luar negara atau dalam negara.

“Kita juga sedang meneliti negara-negara yang mempunyai pontesi dan mempunyai kemampuan dalam sukan ini seperti Iran dan Sepanyol untuk kita menimba ilmu di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Skim Insentif kepada Pasukan dan Atlet Cemerlang Kelantan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lepas.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan memperuntu­kkan sebanyak RM40,000 untuk diagihkan kepada 34 atlet Kelantan yang berjaya menyumbang 12 pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa semasa mewakili negara pada temasya berkenaan.

Rosmadi berkata jawatankua­sa berkenaan mungkin akan melakukan rombakan terhadap pasukan futsal kebangsaan dengan mengetenga­hkan bakat muda sebagai strategi jangka panjang sekali gus dijangka memberi saingan kepada pasukan luar.

Mengulas mengenai majlis penyampaia­n skim insentif itu pula, Rosmadi yang juga Pengerusi MSN Kelantan berkata ia diberikan bagi menggalakk­an atlet di negeri ini untuk terus mencapai kecemerlan­gan pada masa akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAKAL DIROMBAK: Skuad Futsal Negara semasa mengadakan sesi latihan di KB Arena Futsal, Kota Bharu sebagai persedian menghadapi kejohanan Futsal AFC 2018 di Taiwandala­m gambar fail bertarikh 9 Januari lepas.
— Gambar Bernama BAKAL DIROMBAK: Skuad Futsal Negara semasa mengadakan sesi latihan di KB Arena Futsal, Kota Bharu sebagai persedian menghadapi kejohanan Futsal AFC 2018 di Taiwandala­m gambar fail bertarikh 9 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia