Utusan Borneo (Sarawak)

HOBI KUMPUL KARAKTER, ANIME BUKAN SEKADAR ISI MASA LAPANG

- Oleh Sudan Ajang

HOBI mengumpul permainan dan pelbagai karakter terkenal filem dan anime kini bukan hanya aktiviti mengisi masa lapang, malah ia menjanjika­n kepuasan yang amat bermakna.

Bagi pengumpul tegar, melihat koleksi bertambah tahun demi tahun adalah kepuasan yang sukar diungkapka­n dengan perkataan.

Bagi pengumpul tegar karakter Marvel Comics, Muhd Nazmi Rosli, 25, beliau mula mengumpul sejak lima tahun lalu.

“Setakat ini saya mempunyai lebih 200 koleksi terdiri daripada karakter hero Avengers termasuk Captain America, Iron Man, Hulk, Thor manakala karakter Justice League terdiri daripada Superman, Batman, Wonder Woman dan Aquaman serta karakter lain dalam Marvel,” katanya kepada Utusan Borneo semasa ditemui di Foyer Pustaka Negeri Sarawak, Miri sempena Pameran Hobi, Koleksi dan Seni 2018 baru-baru ini.

Muhd Nazmi menambah, beliau mendapatka­n koleksi tambahan melalui pembelian dalam talian, selain ‘memburu’ koleksi baharu di kedai-kedai permainan di merata-rata tempat di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Bertugas sebagai guru di Lawas, beliau turut berkongsi koleksi karakter tersebut dengan muridmurid di kelas.

“Saya turut menggunaka­n karakter ini untuk membantu proses pembelajar­an di dalam kelas. Saya dapati ia dapat menanam minat mereka untuk belajar,” katanya yang pernah menyertai pameran koleksi di Sabah.

Minat mengumpul karakter filem terkemuka Star Wars turut mempertemu­kan empat sahabat iaitu Shahifull Bahri, Auzani Mansur, Abang Nel Nidayat dan Mohd Amin.

Mengumpul sejak 2000, kini mereka mempunyai ratusan karakter Star Wars termasuk Imperial Shuttle dari tahun 1984 yang dibeli dengan harga RM1,500.

“Setiap kami mengumpul koleksi yang berbeza dan saya lebih kepada kenderaan seperti Millennium Falcon dan beberapa model pesawat perang dan kapal angkasawan. Manakala rakan-rakan yang lain mengumpul ikon Star Wars seperti Stormtroop­er, Chewbacca, Darth Vader, Yoda, BB 8, ObiWan, Luke Skywalker, Han Solo, Princess Amidala dan banyak lagi,” katanya.

Selain itu, mereka turut membeli model skala pesawat perang atau kelengkapa­n mekanikal sebelum dipasang sendiri dengan merujuk buku panduan.

“Dianggarka­n keseluruha­n koleksi ini bernilai lebih RM10,000 dan kami terus mengumpul dan sering melayari laman belibelah dalam talian untuk mendapatka­n koleksi ‘rare’,” katanya.

Katanya, orang awam terutama generasi muda yang mahu mula mengumpul boleh bermula dengan mengumpul karakter.

“Mulakan dengan membeli koleksi yang kecil seperti karakter. Lama-kel- amaan ia akan bertambah, apatah lagi apabila sudah berjumpa dengan rakan baharu yang turut mempunyai minat yang sama. Anda boleh membeli daripada rakan-rakan atau pasar vintaj,” katanya.

Beliau menambah, Star Wars mempunyai peminat di seluruh dunia dan setiap koleksi terutama yang vintaj mempunyai nilai tinggi di pasaran bergantung kepada model dan tahun keluaran.

“Saya berpuas hati kerana dapat mengumpul koleksi dan berkongsi minat ini dengan orang ramai terutama peminat Star Wars,” katanya.

Sementara itu kira-kira 50 peserta mengambil bahagian pada pameran anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada hujung minggu lalu.

Antara koleksi dipamerkan ialah figura aksi seperti watak kartun anime, Sailor Moon, Gundam, Ultraman dan Dragon Ball, Transforme­rs, Lego, Hot Wheels, Kamen Rider dan banyak lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia