Utusan Borneo (Sarawak)

Dari segi kekuatan kewangan PSG masih ketinggala­n di belakang Real Madrid

-

MADRID, Sepanyol: Paris Saint Germain (PSG) memecah rekod dunia perpindaha­n pemain apabila mendapatka­n Neymar dari Barcelona tahun lepas tetapi walaupun perbelanja­an besar berikutan dengan cita-cita tinggi pemilik kelab dari Qatar, kelab dari Ligue 1 Perancis itu masih ketinggala­n di belakang Real Madrid dari segi kekuatan kewangan.

Real, juara Eropah, mengaut hampir 200 juta euro lebih banyak dari PSG (486.2 juta) tahun lepas, menurut anggaran dari Deloitte.

Real akan menanti kunjungan PSG, yang dibimbing Unai Emery pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara tetapi mampukah pendahulu Ligue 1 Perancis itu menyamai lawan mereka di luar padang, apa lagi dalam padang?

Dalam dunia kelab bola sepak, Real sentiasa bersendiri­an dari segi pencapaian sukan dengan rekod 12 kejuaraan Eropah tetapi sejak bertahunta­hun, mereka juga menguasai kedudukan kewangan.

Real mencipta keuntungan tahunan terbesar di dunia untuk satu dekad sehingga dipintas Manchester United, yang dijana oleh keuntungan hak penyiaran televisyen.

Kemewahan Real pada kurun ke-21 lahir dari era perpindaha­n ‘Galactico’ dari cetusan idea presiden kelab, Florentino Perez, yang membeli mana-mana pemain bintang terbesar dunia.

“Jika Real mempunyai pemain terbaik di dunia dalam setiap posisi, maka pendapatan mereka bukan satu masalah,” kata Perez ketika memberitah­u AFP pada 2016.

Real memecah rekod dunia yuran perpindaha­n sebanyak lima kali di antara 2000-2013 dengan membeli Luis Figo, Zinedine Zidane, Kaka, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Aset penting lain kelab ialah Stadium Santiago Bernabeu, di mana Perez mahu menambah bumbung, kawasan majlis baharu, pusat beli belah dan malah sebuah hotel – dengan kos dianggarka­n 400 juta euro.

“Ini adalah stadium yang sangat sibuk dengan banyak ruang pengiklana­n, banyak ruang untuk syarikat,” kata Jose Maria Gay de Liebana, profesor ekonomi di Universiti Barcelona.

“Santiago Bernabeu adalah lombong emas.”

Real Madrid adalah jenama paling berpengaru­h di muka bumi, menurut Brand Finance pada 2017 tetapi PSG berada “di laluan yang sama” menurut Leibana.

Tetapi beliau menambah: “Jika kita pergi ke bahagian lain di dunia dan bertanya, semua orang mengenai Real Madrid dan ia masih belum lagi untuk PSG.”

Perbezaan populariti di antara kedua-dua kelab boleh dilihat dengan pengikut dalam media sosial, dengan Real mempunyai 190 juta pengikut berbanding 50 juta buat PSG.

Tetapi situasi di Paris dan disokong kemewahan hartawan dari Qatar, PSG mempunyai banyak lagi ruang untuk menghasilk­an wang.

Pakar pemasaran sukan, Frank Pons, percaya PSG perlu terus meniru taktik pembelian besar Real jika mereka mahu merapatkan jurang.

“Dari segi reputasi, perpindaha­n 400 juta euro secara keseluruha­nnya untuk Neymar dan (Kylian) Mbappe meletakkan PSG di atas peta dengan sangat cepat,” kata beliau.

“Ia kebiasaann­ya mengambil masa bertahun-tahun tetapi mereka berjaya melakukann­ya dengan segera.”

PSG masih mempunyai wang yang banyak untuk dibelanja ke atas pemain den- gan ranking kajian ‘Soccerex Football Finance 100’ bulan lepas meletakkan mereka di hadapan Real dari segi kewangan berdasarka­n wang dalam bank dan potensi pelaburan dari pelabur.

Mungkin sebab utama Real mempunyai kelebihan berbanding PSG ialah kejayaan dalam padang dengan PSG masih belum pernah melangkah ke final Liga JuaraJuara.

Neymar, Mbappe dan rakan-rakan sepasukan boleh mengimbang­i kekuatan itu dengan menewaskan Real Madrid di Bernabeu hari ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia