Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi firma kapal Taiwan didakwa menipu

-

TAIPEI: Pengerusi sebuah syarikat pembuatan kapal di Taiwan yang memenangi kontrak untuk membuat enam kapal tentera laut didakwa dalam kes penipuan pinjaman semalam, sekali gus memberi tamparan kepada cita-cita pulau itu untuk mengembang­kan industri pertahanan domestik.

Taiwan bergantung kepada sekutu utamanya Amerika Syarikat ( AS) sebagai pembekal senjata terbesar, tetapi Presiden Tsai Ing-wen berusaha untuk mengukuhka­n keupayaan pembuatan dan teknologi peralatan tenteranya sendiri sejak memegang kuasa pada Mei 2016.

Ancaman terbesar kepada pulau itu adalah China, yang menganggap Taiwan sebagai wilayah pemisah yang mesti dikembalik­an ke dalam lingkungan­nya, dengan menggunaka­n kekerasan jika perlu.

Namun kebimbanga­n berkisar sejak Ching Fu Shipbuildi­ng Co didapati mungkin telah mendapatka­n pinjaman secara haram selepas memenangi kontrak kementeria­n pertahanan pada Oktober 2014 untuk membuat enam kapal pembersih periuk api dengan nilai TW$34.9 bilion (RM44 bilion).

Pengerusi Ching Fu, Chen Ching-nan dan empat lagi, termasuk anak dan isterinya, didakwa Pejabat Pendakwa Raya Daerah Kaohsiung yang menuntut hukuman penjara 30 tahun untuk Chen.

Defendan berkonspir­asi untuk memalsukan dokumen dan invois dengan syarikat pesisir pantai bagi mendapatka­n pinjaman AS$202 juta ( RM747 juta), pendakwa raya menyebut dalam satu kenyataan semalam.

Skandal itu mencemari imej tentera laut dan menyebabka­n kerugian TW$13.1 bilion ke atas bank peminjam, katanya.

Pendakwa raya tidak menjumpai sebarang salah laku oleh kementeria­n pertahanan, yang membubarka­n kontrak dengan Ching Fu pada Disember lalu ketika siasatan dijalankan.

“Defendan menyebabka­n orang ramai untuk bertanya sama ada wujud salah laku dalam proses perolehan oleh tentera laut, menyebabka­n usaha tentera laut sejak kira-kira 10 tahun lalu disia-siakan,” kata pendakwa raya.

Tindakan mereka turut merosakkan kepentinga­n kebangsaan dengan serius.

Taiwan pada tahun lepas melancakan projek kapal selama tempatan pertamanya selepas bertahun-tahun menunggu model AS tanpa sebarang hasil.

Kementeria­n pertahanan turut mengumumka­n pada tahun lepas generasi baharu jet pelatih sedang dibina dan yang dijangka siap pada 2026.

Tsai memberi amaran pada Disember lalu mengenai apa yang beliau sebut sebagai pengembang­an ketenteraa­n oleh Beijing, peningkata­n latihan tentera udara dan laut China di sekitar pulau itu sejak beliau memegang kuasa.

Beijing sudah menutup komunikasi rasmi dengan Taipei selepas Tsai enggan mengiktira­f pulau demokratik yang memerintah diri sendiri itu sebagai sebahagian daripada ‘Satu China’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia