Utusan Borneo (Sarawak)

LUBUK LAHIR PEMAIN FUTSAL TERNAMA •

Gelanggang tertutup bernilai hampir RM1 juta bakal mengangkat Simunjan dalam sukan futsal

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Simunjan bakal menjadi lubuk kelahiran pemain- pemain futsal ternama pada masa akan datang dengan terbinanya gelanggang futsal tertutup di daerah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, gelanggang serba lengkap yang menelan kos hampir RM1 juta itu mampu memuatkan sehingga 400 penonton.

“Kos keseluruha­n peruntukan pembinaan adalah hampir RM1 juta melalui peruntukan Projek Mesra Rakyat ( PMR) Ahli Parlimen P. 200 Batang Sadong 2016 dan projek RTP ADUN Simunjan 2017.

“Ini menunjukka­n jalinan kerjasama erat di antara Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong dan ADUN N. 25 Simunjan,” katanya semasa meninjau perkembang­an terakhir pembinaan gelanggang futsal tertutup itu, semalam.

Dengan terbinanya gelanggang futsal tertutup tersebut, Awla berkata ia dapat digunakan sepenuhnya oleh para belia di sekitar daerah Simunjan untuk mencungkil bakat mereka dalam arena sukan futsal.

Sekali gus katanya, ia memberi pilihan baharu kepada masyarakat di daerah itu khususnya golongan belia untuk beriadah dan bersukan.

Ini akan membantu menggalakk­an budaya sihat dalam kalangan belia di Simunjan, tambah beliau lagi.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri akan merasmikan pembukaan gelanggang ini pada 24 Februari ini jam 2.30 petang.

Kos keseluruha­n peruntukan pembinaan adalah hampir RM1 juta melalui peruntukan Projek Mesra Rakyat ( PMR) Ahli Parlimen P. 200 Batang Sadong 2016 dan projek RTP ADUN Simunjan 2017. Awla Dris ADUN Simunjan

“Gelanggang ini nanti akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Simunjan (MDS),” jelas Awla lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru para belia datang beramai-ramai semasa hari perasmian nanti.

Menurutnya, pasukan yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabat­an boleh menghubung­i Pejabat Daerah Simunjan semasa hari perasmian nanti.

 ??  ??
 ??  ?? KEMUDAHAN BELIA: Awla (lima kiri) bersama tetamu lain tidak melepaskan peluang merakam kenangan di gelanggang futsal tertutup Simunjan.
KEMUDAHAN BELIA: Awla (lima kiri) bersama tetamu lain tidak melepaskan peluang merakam kenangan di gelanggang futsal tertutup Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia