Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK AKAN LEBIH MAKMUR

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin Sarawak akan terus melangkah ke arah ekonomi lebih canggih yang mampu menarik golongan pelbagai bakat serta kemahiran ke dalam tenaga kerja yang lebih besar dan moden.

Menurut beliau, ini secara tidak langsung akan memodenkan masyarakat dan membuka peluang kepada semua kaum sama ada Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

“Trend ini akan berterusan dan menjadi lebih canggih, di mana orang yang menggerakk­an ekonomi kita menjadi moden adalah dari semua kaum yang berkemahir­an dan berpengeta­huan tinggi,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2018.

Tun Taib berkata sejak 50 tahun lalu, Sarawak telah menyaksika­n kemajuan ekonomi yang kini perubahann­ya boleh dirasai oleh semua kaum dalam kehidupan mereka.

“Inilah yang saya mahu semua orang fahami apabila kita mengkaji kedudukan kita dari semasa ke semasa.

“Semasa Tahun Baharu Cina, apabila saya mempunyai peluang untuk bercakap, saya akan mendedahka­n perkara ini sedikit demi sedikit kepada semua orang, kepada semua kaum bukan sahaja kepada orang Cina, supaya mereka tahu bahawa kita berada di landasan pembanguna­n ekonomi yang betul berdasarka­n agenda menjadi negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Justeru katanya, tidak diragukan lagi bahawa Sarawak telah diletakkan pada kedudukan yang sesuai untuk pembanguna­n ekonomi dan transforma­si pembanguna­n yang melibatkan semua kaum.

Sementara itu, Tun Taib berkata trend ke arah masyarakat lebih makmur yang memberi manfaat bukan sahaja kepada kelas komersial tetapi semua peringkat masyarakat akan diteruskan kerana Sarawak bergerak maju untuk menjadi bukan sahaja negeri maju, malah negeri terkaya di Malaysia menjelang 2030.

“Seperti yang dapat kita lihat hari ini, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya trend sekarang jelas menunjukka­n setiap bangsa akan mendapat manfaat daripada apa jua pencapaian Sarawak melalui pembanguna­n sumber dan kerjasama antara semua kaum,” katanya.

 ??  ?? TUN TAIB
TUN TAIB
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia