Utusan Borneo (Sarawak)

AGENDA PERKUKUH EKONOMI

KDNK Sarawak perlu capai enam peratus setahun, kerajaan laksana pelbagai inisiatif ke arah ekonomi berteraska­n digital.

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak perlu mencapai tahap enam peratus setahun jika mahu menjadi negeri berpendapa­tan tinggi dan maju.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pakar ekonomi menyaranka­n agar KDNK negeri empat peratus pada masa ini ditingkatk­an agar matlamat itu dapat dicapai.

“Pakar (ekonomi) menyatakan kita memerlukan purata enam peratus setahun untuk mencapai sasaran.

“Ini merupakan keutamaan kerajaan sekarang tanpa mengabaika­n keperluan penduduk di luar bandar yang memerlukan jalan lebih baik, sekolah dan kemudahan lain agar taraf kehidupan lebih elok di luar bandar,” katanya menerusi perutusan khas sempena Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, Sarawak merupakan penyumbang ketiga tertinggi KDNK negara menerusi industri minyak dan gas.

Bagaimanap­un katanya, pendapatan semasa isi rumah penduduk negeri ini iaitu RM4,000 sebulan, disifatkan sebagai agak rendah.

Sejajar dengan hasrat meningkatk­an KDNK, beliau memikirkan cara untuk mengukuhka­n ekonomi yang boleh menyumbang terhadap pendapatan kerajaan negeri.

Menurutnya, beliau mengambil pendekatan berbeza dengan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem terutama dari aspek pengukuhan ekonomi. “Saya mungkin tidak popular tetapi memutuskan untuk melaksanak­an polisi ke arah pengukuhan ekonomi negeri dan masa hadapan ekonomi yang kukuh,” jelasnya. Abang Johari berkata, peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutua­n sahaja tidak memadai, justeru kerajaan negeri perlu memikirkan cara untuk mengembang­kan lagi ekonomi sendiri. “Atas sebab ini, kita perlu merancang dan melaksanak­an pelbagai inisiatif ekonomi bagi meningkatk­an ekonomi negeri dengan matlamat menjadikan ekonomi Sarawak berteraska­n digital dalam tempoh dua dekad,” jelasnya. Ketua Menteri menambah, Sarawak mempunyai model kewangan baharu dengan penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) yang berperanan membiayai projek-projek strategik. Ia akan mempercepa­tkan pembanguna­n dan meningkatk­an perbelanja­an domestik bagi menjana lebih banyak aktiviti ekonomi, katanya. Menurutnya, rizab negeri yang banyak perlu dilabur bagi membiayai projek strategik menerusi DBOS. “DBOS dan projek-projek pelaburan strategik bakal menjana pulangan dan dikembalik­an sebagai rizab negeri,” jelasnya. Mengenai syarikat minyak dan gas Sarawak (PETROS), beliau berkata penubuhann­ya dapat memastikan negeri ini lebih aktif dalam industri tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang, berbanding cuma menjadi rakan kongsi Petronas. Selain menubuhkan loji metanol di Bintulu katanya, PETROS dijangka terlibat lebih banyak dalam sektor hiliran.

PETROS katanya, telah menandatan­gani dokumen dengan Petronas untuk memperoleh­i 10 peratus pegangan dalam LNG Train 9 di Bintulu dan berharap dapat meningkatk­an pegangan daripada 10 kepada 20 peratus dalam LNG 3.

Beliau yakin PETROS mampu menangkis pandangan beberapa pihak bahawa ia hanya berperanan sebagai syarikat Kontrak Perkongsia­n Pengeluara­n.

“Kita telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan akan melancarka­nnya tidak lama lagi.

“Kita akan melaksanak­an peranan lebih aktif dalam industri minyak dan gas sejajar dengan undang-undang bertulis dan perlembaga­an,” tegasnya.

Mengenai peranan ahli perniagaan Cina, Abang Johari yakin mereka akan terus menyokong usaha kerajaan mengukuhka­n kedudukan ekonomi menggunaka­n sumber, pengaruh domestik dan antarabang­sa, serta jaringan mereka.

“Kita sedia mendengar keperluan golongan peniaga dan mengambil langkah untuk memudahkan mereka berniaga di Sarawak, misalnya mengurangk­an kerenah birokrasi dan prosedur yang wajar diketepika­n,” katanya.

Padamasasa­ma,AbangJohar­i mengajak rakyat Sarawak agar mengeratka­n lagi hubungan dengan kaum Cina menerusi amalan kunjung-mengunjung­i pada Tahun Baharu Cina ini.

“Biarlah Sarawak terus menjadi contoh semangat perpaduan kaum dan agama yang tulen bagi seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? ABANG JOHARI
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia