Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan tiba di Tonga, Gita lintas Fiji

Australia, NZ antara negara pertama menghantar bekalan kecemasan untuk mangsa taufan

-

NUKU’ALOFA: Bantuan antarabang­sa mula tiba semalam di beberapa kawasan di Tonga yang musnah akibat kemaraan Siklon Gita, manakala Fiji terselamat daripada kesan terburuk taufan tersebut.

Pesawat tentera dari Australia dan New Zealand menerbangk­an bekalan kecemasan ke Nuku’alofa, yang dibadai awal Selasa lepas oleh siklon paling kuat pernah direkodkan di ibu negara itu.

Fiji khuatir mengenai kemusnahan yang sama apabila taufan itu merentasi kepulauan Lau di selatan awal semalam, tetapi petanda awal ternyata menggalakk­an.

Pusat penyelamat maritim Fiji berkata tiada laporan diterima mengenai kematian di kepulauan yang terpencil dan tidak dihuni ramai penduduk itu, manakala badan penyiaran kerajaan FBC berkata tiga buah rumah telah musnah, selain tanaman ladang.

“Setakat ini Fiji nampaknya boleh menganggap diri bernasib baik dari segi jumlah kerosakan yang berlaku,” kata pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Fiji, Anare Leweniqila, kepada New Zealand Herald.

Pakar meteorolog­i berkata siklon itu bergerak semakin cepat ketika ia menuju ke laut di bahagian barat dan pada awal semalam mencapai Kategori Lima yang tertinggi atas skala.

Namun ia dijangka akan reda sebelum ia merentasi tenggara New Caledonia dan terlerai di ruang udara New Zealand pada minggu depan.

Taufan itu telah melakar laluan kemusnahan menerusi Samoa Amerika, Samoa dan Tonga sejak hujung minggu lepas.

Ia meranapkan bahagian tengah Nuku’alofa yang bersejarah, termasuk memusnahka­n bangunan gereja, kedai dan parlimen berusia seabad.

Lebih 3,000 berlindung di pusat pemindahan sementara di pulau utama Tongatapu, di mana bekalan air dan elektrik masih tidak menentu.

Tentera Tonga semalam berusaha untuk membersihk­an puing di jalan raya dan la- pangan terbang antarabang­sa masih ditutup kepada pesawat komersil, tetapi pesawat bantuan masih dapat mendarat.

Sebuah pesawat pengangkut­an Hercules milik tentera udara New Zealand menghantar 12 tan bekalan, termasuk tarpal, peralatan kebersihan dan bekas air.

Sebuah pesawat C- 17A Globemaste­r dari Australia membawa masuk sumber sama, selain sepasukan pakar tindakan bencana.

Di antara mereka yang mengira kos siklon itu adalah keluarga prop ‘rugby union’ dari Australia Taniela Tupou yang dikenali sebagai Thor Tonga.

Pemain Wallaby yang berpangkal­an di Brisbane itu, yang membesar di Tonga sebelum dia mengembang­kan karier sukannya di seberang laut, berkata rumah keluargany­a telah musnah.

“Dengan kata mudah, rumah kami musnah sepenuhnya,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

Sementara kerosakan harta benda begitu meluas, dan badan kecemasan menganggar­kan 40 peratus rumah di ibu negara terjejas, pegawai mengakui keadaan boleh jadi lebih buruk lagi.

Polis berkata hanya tiga orang sahaja cedera serius dan tiada kematian sah yang dilaporkan, tetapi seorang lelaki berusia 72 tahun mengalami serangan sakit jantung yang menyebabka­n kematian mungkin dicetuskan oleh taufan.

Siklon besar di Lautan Pasifik menyebabka­n kos kemanusiaa­n yang lebih tinggi sejak beberapa tahun lalu, dengan Winston mengorbank­an 44 orang di Fiji pada 2016 dan Pam meragut 11 nyawa di Vanuatu pada 2015. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIHANTAR SEGERA: Gambar serahan RAAF semalam yang dirakam kelmarin menunjukka­n anggota Amberley Air Load memunggah palet bantuan daripada Australia untuk Tonga ke atas pesawat RAAF C-17A Globemaste­r di Amberley.
— Gambar AFP DIHANTAR SEGERA: Gambar serahan RAAF semalam yang dirakam kelmarin menunjukka­n anggota Amberley Air Load memunggah palet bantuan daripada Australia untuk Tonga ke atas pesawat RAAF C-17A Globemaste­r di Amberley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia