Utusan Borneo (Sarawak)

MR. D.I.Y. lancar gedung utama di Mid Valley Megamall

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: MR. D. I. Y. Trading Sdn Bhd (MR. D.I.Y.) telah melancarka­n gedung utamanya di Mid Valley Megamall dengan tema ‘Alami Perbezaann­ya’ (Feel the Difference).

Tema ini mencermink­an komitmen syarikat untuk membawakan pengalaman beli-belah yang lebih menarik di gedung MR. D.I.Y. dengan memperliha­tkan konsep baharu dan reka bentuk anggun, sambil menawarkan pilihan produk paling luas pada harga rendah.

Majlis pelancaran besar-besaran ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemasaran D.I.Y. Andy Chin dan anggota pengurusan kanan syarikat. Rakan niaga utama dan tetamu jemputan yang turut hadir ialah IGB Corporatio­n, Creador, Faber Castell, Energizer, Philips, Lava, Felton, Sekoplas, Kleenso, Procter & Gamble dan Reckitt Benckiser.

Menurut Andy Chin, MR. D.I.Y. di Mid Valley ini, dengan keluasan lebih 15,000 kaki persegi menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih menarik dan selesa kepada pengunjung­nya.

“Gedung ini menerapkan unsur reka bentuk moden dan futuristik, termasuk jaring siling berbentuk ‘nat bolt’ heksagon (segi enam) yang terserlah di tengah-tengah. Reka bentuk ini melambangk­an komitmen MR.D.I.Y untuk menaikkan taraf industri perkakasan rumah umum.

“Antara reka bentuk dan ciri-ciri tersendiri lain yang menonjol termasuk kaunter juruwang dengan kemasan batu kuarza dan lorong pengunjung yang lebar. Ruang runcit keseluruha­n yang lebih luas, serta penampilan dan sentuhan dalaman yang serba moden menyenangk­an pembeli dan menjadikan pengalaman mereka lebih menarik,” katanya.

Tambah beliau lagi,MR. D. I. Y. berbangga untuk mengambil langkah strategik bertapak di Mid Valley Megamall, salah sebuah pusat beli-belah paling popular dan terbesar di Malaysia.

“Kami yakin para pembeli boleh Alami Perbezaann­ya di gedung utama ini, kerana kami bertekad melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan harian para pelanggan kami yang dihargai.

“Gedung ini merupakan gedung kami yang ke-360 di Malaysia dan menandakan mercu jaya penting bagi pertumbuha­n MR. D.I.Y. di rantau ini, sambil kami berusaha mencapai wawasan kami untuk menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Asia Pasifik,” jelas beliau.

Gedung MR. D.I.Y. menawarkan lebih daripada 20,000 jenis produk menerusi sembilan bahagianny­a iaitu Perkakas, Isi Rumah, Barangan Elektrik, Aksesori Kereta, Alat Tulis, Mainan, Hadiah, Alatan Sukan dan Barangan Kemas & Kosmetik. Cogan kata, ‘ Always Low Price’ ( Harga Rendah Sentiasa) yang menekankan harga termampu sebagai nilai jenama telah menyaksika­n syarikat menerima kunjungan 110 juta pelanggan setahun dan angka ini dijangka terus meningkat dengan ketara.

Sempena majlis pelancaran MR. D.I.Y. ini, sejumlah 2,000 kaki payung edisi terhad bernilai RM31, 800 dihadiahka­n kepada pelanggan yang berbelanja RM30 dalam satu resit pada 10 dan 11 Februari lepas.

 ??  ??
 ??  ?? KONSEP BAHARU: MR. D.I.Y. melancarka­n gedung utama di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KONSEP BAHARU: MR. D.I.Y. melancarka­n gedung utama di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia