Utusan Borneo (Sarawak)

MANDY PATINKIN BUAT RAYUAN UNTUK NASIB ORANG PELARIAN •

-

PELAKON yang memenangi Anugerah Emmy dan Anugerah Tony, Mandy Patinkin, menggunaka­n majlis mengabadik­an bintangnya di kaki lima ‘Walk of Fame’ di Hollywood pada Isnin lepas untuk menyampaik­an ucapan yang bersemanga­t agar penghormat­an dan maruah diberikan kepada pelarian.

Anak jati Chicago berusia 65 tahun itu, paling terkenal kerana lakonannya sebagai ejen CIA Saul Berenson dalam drama perisik terbitan Showtime ‘Homeland’, mengalu-alukan seorang pelarian Iraq ke acara tersebut dan merayu kepada hadirin untuk mengiktira­f nasib orang pelarian.

“Saya mahu anda memikirkan tentang orang ini, yang paling lemah di kalangan semua kita di dunia, yang memerlukan perhatian kita, lebih banyak perhatian daripada apa yang kita dapat bayangkan, supaya mereka dapat memiliki kehidupan berkualiti dan membesarka­n anak-anak mereka dalam suasana yang sihat, bukan bergolak akibat peperangan, dan berkembang dan hidup dan menjadi makmur,” katanya.

Patinkin, cucu kepada datuk yang lari daripada golongan Nazi di Poland yang diduduki Jerman, dan kepada nenek yang lari daripada pogrom (penghapusa­n kaum) di Rusia, sudah menjelajah dengan meluas untuk menyaksika­n nasib pelarian sejak dia pergi ke Greece pada 2015 untuk membantu pelarian dari Syria yang bergolak akibat peperangan.

Dia berkata kepelbagai­an etnik dalam skuad Amerika Syarikat di temasya Sukan Olimpik Musim Salji di Korea Selatan telah mengingatk­annya tentang sumbangan yang telah diberikan oleh pendatang kepada negara ini.

“Mereka adalah wirawira kita dan atlet-atlet kita sepanjang zaman. Mereka mewakili kita,” ujarnya.

“Marilah kita belajar untuk menerima pendatang lain tanpa ketakutan, tanpa kebimbanga­n, dan belajar untuk mempercaya­i mereka dan tidak dibimbing oleh ketakutan. Mereka adalah guru-guru kita.”

Dia memberitah­u AFP kemudian bahawa dia rasa bertuah untuk menjadi suara bagi “mereka yang tidak ada suara, pelarian yang menderita”.

“Saya rasa seluruh dunia perlu meningkatk­an lagi usaha, ini adalah manusia. Jaga jiran anda seperti anda mahu menjaga diri sendiri,” katanya. - Juara golongan pelarian - Patinkin sudah membawa watak Saul Berenson – sekarang Ketua Bahagian Timur Tengah dalam CIA – dalam ‘Homeland’ sejak 2011, dan menerima tiga pencalonan untuk Anugerah Emmy, tetapi dia memenangi anugerah tersebut pada 1995 untuk drama perubatan terbitan CBS ‘Chicago Hope’.

Dilahirkan sebagai Mandel Bruce Patinkin di Chicago pada 30 November 1952 kepada seorang suri rumah dan seorang usahawan pembuatan logam, pelakon itu menghadiri sebuah sekolah agama dan bernyanyi dalam koir sinagog.

Bapa kepada dua orang anak itu memasuki konservato­ri seni hiburan yang berprestij di New York, Juilliard, di mana dia berkenalan dengan Kelsey Grammer, dan kemudian mengesyork­an rakannya itu untuk membawa watak Frasier Crane dalam sitkom NBC ‘Cheers’. Patinkin, yang menyanyika­n konsert dalam bahasa Yiddish dan pernah dipaparkan dalam 14 rekod, mula mengecapi kejayaan dalam teater muzikal, memenangi Anugerah Tony pada 1980 untuk lakonannya sebagai Che dalam ‘Evita’ yang dibintangi Patti LuPone dalam watak utama.

“Jika dia bukan seorang bintang muzikal Broadway, dia pasti sudah menjadi seorang ‘cantor’. Jika dia bukan seorang bintang televisyen, dia pasti sudah menjadi seorang sukarelawa­n Peace Corps, seorang responder pertama,” kata aktres.

“Dia tetap akan memperjuan­gkan golongan pelarian. Dia tetap akan melawat kem pelarian manusia – bukan orang Syria atau orang Rohingya atau golongan tertindas di dunia, Mandy melihat hanya manusia sahaja.”

Karier filem Patinkin selama 40 tahun termasuk watak dalam ‘Ragtime’, ‘Yentl’, ‘The Princess Bride’, ‘Alien Nation’ dan ‘Dick Tracy’.

Musim baharu bagi ‘Homeland’ akan bermula pada Ahad ini. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia