Utusan Borneo (Sarawak)

14 positif dadah dalam Ops Bersepadu Motosikal

Kesemua lelaki ditahan berumur 20-35 tahun, 13 didapati positif syabu dan seorang positif ganja

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Seramai 14 penunggang dan pembonceng motosikal ditahan kerana dikesan positif dadah dalam Ops Bersepadu Khas Motosikal di Jalan Kuching-Samarahan dekat sini, semalam.

Operasi dari jam 9 hingga 11 pagi itu dijalankan serentak di seluruh negara membabitka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sempena kempen keselamata­n jalan raya Tahun Baharu Cina 2018.

Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, kesemua yang ditahan adalah lelaki berumur antara 20 dan 35 tahun dengan 13 didapati positif syabu dan seorang positif ganja.

“Daripada 41 orang yang menjalani ujian air kencing, 14 dikenal pasti positif dadah dan mereka akan kita bawa menjalani rawatan dan pemulihan, sama ada dimasukkan ke pusat pemulihan AADK atau sebagainya,” katanya pada sidang media di lokasi operasi, semalam.

Hadir sama Pengarah JPJ Mohd Shafiq Anas Abdullah dan Ketua Penguatkua­saan Siasatan Trafik IPD Kota Samarahan Inspektor Mohd Hairul Nizam Ramli.

Namun demikian, Wan Madihi menambah ujian air kencing yang dijalankan AADK ke atas 145 pemandu bas ekspres di negeri ini sejak 9 Februari lalu mendapati kesemuanya negatif.

Sementara itu, Mohd Shafiq berkata selain mengadakan sekatan jalan raya, JPJ juga akan menjalanka­n rondaan untuk mengesan kesalahank­esalahan khususnya membabitka­n motosikal.

Katanya, ini kerana motosikal adalah antara penyumbang kemalangan yang tinggi di Sarawak dengan faktor yang dikenal pasti ialah penggunaan telefon bimbit.

“Banyak kes kemalangan langgar belakang berlaku disebabkan melihat telefon bimbit ketika sedang menunggang motosikal atau memandu.

“Jadi, kami memandang serius perkara ini dan mereka yang didapati melakukan kesalahan ini pada musim perayaan akan dirujuk terus ke mahkamah, manakala semasa bukan musim perayaan boleh dikompaun,” katanya.

Mohd Shafiq berkata, sepanjang tempoh penguatkua­saan Ops Tahun Baharu Cina di seluruh Sarawak sejak 9 Februari lalu, sebanyak 3,017 kenderaan pelbagai jenis seperti kereta, motosikal dan lori telah diperiksa.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 425 kenderaan telah diambil tindakan, 244 disaman dan 181 notis pemeriksaa­n telah dikeluarka­n.

Selain itu katanya, sebanyak 268 bas telah diperiksa, dengan tujuh diambil tindakan dan dua saman dikeluarka­n atas kesalahan seperti tayar botak dan haus, brek tidak berfungsi serta lampu tidak menyala.

Dalam Ops Bersepadu Khas Motosikal di Jalan Kuching- Samarahan semalam, lebih 100 motosikal telah diperiksa dengan beberapa saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan.

Daripada 41 orang yang menjalani ujian air kencing, 14 dikenal pasti positif dadah dan mereka akan kita bawa menjalani rawatan dan pemulihan, sama ada dimasukkan ke pusat pemulihan AADK atau sebagainya. Wan Madihi Wan Salleh Pengarah AADK Sarawak

 ??  ?? DICEKUP: Wan Madihi semasa melakukan pemeriksaa­n ke atas penunggang dan pembonceng motosikal yang didapati positif dadah.
DICEKUP: Wan Madihi semasa melakukan pemeriksaa­n ke atas penunggang dan pembonceng motosikal yang didapati positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia