Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan sempadan terus diperketat, dua lagi PATI lalui jalan tikus dicekup

-

BAU: Kawalan di sempadan Malaysia- Indonesia terus diperketat­kan dengan dua lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup selepas cuba keluar melalui jalan tikus di Serikin, di sini Selasa lepas.

Pegawai Memerintah Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) Lt Kol Salmi Istikh Ahmad berkata kedua- dua lelaki berusia 18 dan 37 tahun itu semasa ditahan sedang berjalan menuju ke arah sebuah ladang iaitu kira-kira 200 meter dari sempadan negara sekitar jam 8 pagi.

Hasil pemeriksaa­n mendapati kedua-duanya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Selain itu, mereka juga ditahan atas kesalahan menggunaka­n jalan (jalan tikus) yang tidak dibenarkan.

“Mereka semasa disoal siasat turut mengaku ingin pulang ke kampung halaman di Sambas, KALBAR, Indonesia setelah selesai bekerja di sebuah ladang sayur di kawasan Serian,” kata Salmi dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kedua- dua mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Sementara itu, pada 12 Februari lalu, pasukan 11 RAMD turut menahan tiga lelaki juga warga Indonesia iaitu di kira-kira 200 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia di Biawak, Lundu sekitar jam 4 petang.

Salmi dalam kenyataann­ya memberitah­u ketiga- tiga PATI terbabit yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun semasa ditahan memberitah­u mereka dalam perjalanan pu- lang ke kampung di Sambas, KALBAR, Indonesia.

“Mereka juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berhasrat pulang ke kampung halaman melalui jalan tersebut yang tidak dibenarkan,” katanya.

Mereka kemudian dihantar ke IPD Lundu untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia