Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa sokong aktiviti persatuan Cina

-

SRI AMAN: Kerajaan negeri sememangny­a amat menyokong aktiviti persatuan Cina dari segi agama mahupun pendidikan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, wakil-wakil rakyat di negeri ini sentiasa menyalurka­n peruntukan kepada sekolah dan tokong Cina.

Justeru katanya, kaum Cina yang merupakan peserta majoriti dalam bidang perniagaan dan mempunyai ekonomi yang teguh, perlu bersama kerajaan menjamin kestabilan politik agar kemajuan ekonomi dapat terus dipelihara demi kepentinga­n dan manfaat bersama.

Beliau yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam PraTahun Baharu Cina 2018 dan Upacara Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa SUPP Cawangan Simanggang dan Lingga Sesi 2018-2010 anjuran SUPP Cawangan Simanggang di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Menurutnya, usaha persatuan selama ini terbukti dengan mendukung konsep 1Malaysia sekali gus mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n rakyat.

Di samping itu, ia juga merealisas­ikan konsep perpaduan dalam perniagaan 1Malaysia yang mengajak rakyat Malaysia bersatu padu dan bekerja keras bagi membangunk­an ekonomi negara.

“Dengan ini, masyarakat Cina yang berkeboleh­an dan berkeupaya­an dalam sektor perniagaan berpeluang membantu mereka yang kurang berupaya dan kurang berkemampu­an tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.

Katanya peranan dan tanggungja­wab sesebuah per- tubuhan bukan kerajaan ( NGO) amat penting bagi merancakka­n aktiviti sosioekono­mi dan memacu kesedaran bangsa dalam pelbagai bidang mengikut matlamat penubuhann­ya.

“Terdapat pertubuhan yang diwujudkan bagi permuafaka­tan ekonomi serta memajukan sosial dan kebudayaan.

”Kebajikan ahli juga perlu diberi perhatian serius dalam mengekalka­n sesebuah pertubuhan agar terus mantap dan dihormati,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis yang juga pengerusi SUPP Simanggang serta ahli SUPP Simangang dan Lingga.

 ??  ?? SEPAKAT: Dr Sim (kiri) dan Masir (dua kiri) menyaksika­n Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa Induk yang diketuai Harden (lima kiri) pada majlis berkenaan semalam.
SEPAKAT: Dr Sim (kiri) dan Masir (dua kiri) menyaksika­n Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa Induk yang diketuai Harden (lima kiri) pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia