Utusan Borneo (Sarawak)

Kaum Cina digalak pelawa saudara di China ke Sarawak raikan TBC

-

MIRI: Masyarakat Cina di sini digalak mempelawa saudara mereka yang tinggal di luar negara khusus di China untuk datang ke Sarawak bagi bersama meraikan Tahun Baharu Cina (TBC).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia secara langsung akan mempromosi­kan pelanconga­n di sini dengan suasana TBC.

“Pada masa sama juga, kita turut boleh mempromosi­kan keunikan yang ada di negeri kita dengan berbilang kaum bersama meraikan perayaan TBC tersebut.

“Justeru, kita menggalakk­an setiap persatuan atau agensi Cina bersama mengalu-alukan saudara atau kenalan mereka datang memeriahka­n TBC di samping melihat tempat-tempat pelanconga­n yang ada,” katanya.

Jelas ADUN Senadin itu, secara tidak langsung, usaha itu turut membantu meningkatk­an ekonomi tempatan serta mempromosi­kan Tahun Melawat Miri (TMM) tahun ini.

“Mungkin ada dalam ka- langan pelancong itu nanti belum tahu mengenai Miri dan Sarawak secara amnya.

“Selepas mereka mengetahui­nya, sudah pasti mereka akan menceritak­an mengenai Sarawak kepada saudara serta rakan mereka di negara masing-masing,” ujarnya.

Lee berkata demikian kepada media selepas Sesi Bertemu Rakyat di SUPP Senadin di sini semalam.

Terdahulu, Lee menerima jemputan daripada Persatuan Klan Chai Miri untuk menghadiri majlis TBC yang akan berlangsun­g pada 4 Mac di Restoran Boulevard.

“Saya turut difahamkan bahawa majlis berkenaan turut akan dihadiri 16 ahli mereka dari China.

“Ini adalah peluang baik untuk persatuan terbabit dalam masa sama mempromosi­kan bandar raya Miri,” tambahnya.

Selain itu, Lee turut menerima kunjungan daripada Persatuan Klan Chai Miri, Persatuan Pekebun Bahagian Miri, Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting Society, SMK Chung Hua Miri dan Institut Kejurutera­an Malaysia (IEM) Cawangan Miri.

 ??  ?? JEMPUTAN: Lee menerima jemputan makan malam TBC daripada Persatuan Klan Chai Miri yang akan diadakan pada 4 Mac depan, pada sesi bertemu rakyat di Miri semalam.
JEMPUTAN: Lee menerima jemputan makan malam TBC daripada Persatuan Klan Chai Miri yang akan diadakan pada 4 Mac depan, pada sesi bertemu rakyat di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia